• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Grab lancarkan GrabSupermarket, penghantaran barang runcit segar tanpa caj penghantaran

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:36 pm
  • 03/12/2020
  • Komen
Grab lancarkan GrabSupermarket, penghantaran barang runcit segar tanpa caj penghantaran
Share on FacebookShare on Twitter

Kesibukan yang dihadapi masyarakat hari ini adakalanya menyukarkan pergerakan untuk keluar rumah membeli barang. Ada yang sibuk menguruskan anak, bekerja dari rumah dan sebagainya.

Oleh itu sebagai satu solusi khas buat penduduk di Lembah Klang, anda boleh menggunakan GrabSupermarket untuk membeli barang keperluan,



Untuk servis ini, tiada caj penghantaran yang dikenakan kerana semua tempahan akan dikumpul sehari sebelum dihantar dan semua item akan dihantar kepada pembeli sekaligus pada keesokan harinya.

GrabSupermarket baru dilancarkan di aplikasi Grab. Ia merupakan pasar raya Grab pertama yang hanya melakukan perkhidmatan penghantaran barang runcit.



Servis ini menggunakan model penghantaran pada hari berikutnya (next day delivery) kerana hasil yang di pesan tersebut akan diambil daripada pusat pengedaran kemudian kepada GrabSupermarket sebelum dihantar kepada pelanggan dalam keadaan yang segar.

GrabSupermarket memberikan lebih daripada 2,500 produk pilihan termasuklah barangan rumah, keperluan dapur, keperluan kecantikan dan kesihatan serta makanan segar dari gudang dan ladang.

Cara menggunakan GrabSupermarket

Anda boleh membuat pesanan antara jam 7 pagi hingga 09:30 malam. penghantaran pada hari berikutnya dari 8 pm-10pm. Berikut beberapa langkah buat pengguna untuk membeli barang runcit dari GrabSupermarket:

  1. Bukak aplikasi Grab
  2. Klik pada ikon Mart
  3. Cari supermarket
  4. Anda akan diberikan pilihan GrabSupermarket
  5. Pilih slot penghantaran yang anda mahukan.
  6. Pilih item yang anda mahukan
  7. Daftar keluar dan tunggu item anda tiba esok.

Dengan GrabRewards, pelanggan Grab’s Platinum akan mendapat penjimatan hingga 5% bagi barang runcit mereka yang menggunakan GrabSupermarket, GrabPay Credits dan Kredit Kad Maybank Grab Mastercard Platinum.

Buat masa sekarang, Grab sedang berusaha untuk mengembangkan GrabSupermarket ke lebih banyak ibu kota di seluruh negara. Buat individu yang sukar untuk keluar dalam tempoh PKPB ini, anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk membeli barang runcit.

Sekiranya penduduk Lembah Klang masih belum dapat mengakses GrabSupermarket, ianya akan menemui anda mengikut fasa. Unruk maklumat lanjut mengenai GrabSupermarket, anda boleh kunjungi laman sesawang ini.

[Sumber: Grab]

Tags: Grab
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Grab lancarkan GrabSupermarket, penghantaran barang runcit segar tanpa caj penghantaran

Grab lancarkan GrabSupermarket, penghantaran barang runcit segar tanpa caj penghantaran

3 December 2020
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN