• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hyundai bangun platform kereta elektrik dan teknologi bateri sendiri untuk percepat penghasilan EV

  • OLEH Najib
  • 3:23 pm
  • 03/12/2020
  • Komen
Hyundai bangun platform kereta elektrik dan teknologi bateri sendiri untuk percepat penghasilan EV
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat permotoran dari Korea Selatan, Hyundai mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan platform kenderaan elektrik (EV) mereka menggunakan teknologi bateri sendiri seawal tahun hadapan. Ia dilakukan untuk mempercepatkan penghasilan serta mengurangkan kos.

Langkah ini dilihat seiring dengan usaha pengeluar kereta lain, yang telah membelanjakan berbilion USD untuk meningkatkan teknologi bateri, yang sering menjadikan kos EV sangat tinggi berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran. Hyundai kini merupakan syarikat pengeluar kenderaan ke-5 terbesar di dunia.



Peneraju EV, Tesla telah menyatakan usaha mereka untuk mengurangkan kos penghasilan bateri EV kepada separuh, dan membawa masuk lebih banyak penghasilan komponen utama kenderaan di dalam kilang sendiri, untuk menurunkan harga EV kepada USD25,000 (~RM101,850) sebuah.

Hyundai menjangkakan, platform EV mereka yang dipanggil Electric Global Modular Platform (E-GMP), akan membolehkan penggunaan teknologi bateri mereka sendiri di pelbagai model kenderaan EV, sekligus menurunan bilangan komponen kepada 60%. E-GMP adalah penting untuk Hyundai meletakkan diri mereka sebagai peneraju EV dalam masa singkat, menerusi konsep modular dan standard baru.



Kenderaan elektrik berasaskan E-GMP akan menawarkan jarak perjalanan sejauh 500km atau lebih dalam sekali cas, peningkatan sekitar 23% dari model sedia ada Hyundai, Kona EV yang memiliki jarak perjalanan paling jauh dalam model EV Hyundai.

Bagaimanapun, Hyundai melihat ia tidak perlu mencipa sel bateri sendiri. Cukup menggunakan sel bateri sedia ada dengan kerjasama syarikat pembekal seperti SK Innovation Co Ltd dan LG Chem Ltd’s LG Energy Solution.

Hyundai bersama syarikat usahasama Kia, mensasarkan untuk menjual 1 juta unit kenderaan elektrik menjelang 2025, sekaligus menjadi penjual EV ketiga terbesar di dunia. Mereka menjanjikan 23 model baru EV, termasuk 11 model elektrik sepenuhnya menjelang 2025. Beberapa model baru di bawah jenama Ioniq akan diperkenal tahun hadapan, untuk meneraju perubahan kepada penghasilan model EV di masa kaan datang.

[Sumber: Reuters, Hyundai]

Tags: Hyundai
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Hyundai bangun platform kereta elektrik dan teknologi bateri sendiri untuk percepat penghasilan EV

Hyundai bangun platform kereta elektrik dan teknologi bateri sendiri untuk percepat penghasilan EV

3 December 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN