Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Google Street View kini dibuka kepada sesiapa saja untuk sumbang data

Google telah kemas kini APP Street View mereka di Play Store dengan satu fungsi baru. Pengguna APP itu kini boleh menyumbang kepada data Street View terus melalui lensa kamera telefon masing-masing. Sebelum ini, data Street View hanya dihimpunkan oleh peralatan khas Google seperti kereta, kanu, dan beg berkamera manakala pengguna hanya boleh menyumbang gambar 360 darjah sahaja.

Dalam fungsi baru ini, kamera telefon pengguna akan merakam satu siri gambar. Menggunakan teknologi ARCore, sistem akan muat naik ke pelayan dan cantumkannya menjadi gambar Street View yang boleh anda dan orang lain rujuk.

Google Street View

Hasilnya, anda boleh berkongsi Street View tempat yang tidak dilalui perkakasan Google kepada orang luar tanpa memerlukan peralatan yang mahal.

Setakat ini, Street View mengandungi lebih 170 billion gambar yang merangkumi lebih 16 juta kilometer jarak perjalanan diseluruh dunia. Walau bagaimanapun, masih ada tempat yang masih belum direkodkan dan dengan mensumberluarkan inisiatif ini, lebih banyak tempat boleh diliputi oleh Street View.

Google Street 2

Bukan sahaja tempat baru boleh direkodkan, Google maklumat tentang tempat sedia ada boleh dikemas kini kerana data yang dimiliki Google bukanlah terkini sangat lebih-lebih lagi di lokasi awal pengenalan Google Street View.

Fungsi baru ini masih dalam fasa beta untuk pengguna telefon yang dilengkapi ARCore dan berada di Toronto, Kanada, New York, NY dan Austin, bersama-sama pengguna di Nigeria, Indonesia dan Costa Rica.

[Sumber: Google]

BACA  Nintendo Switch edisi Mario hadir dalam warna merah garang