Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Peluang miliki OnePlus 8T Cyberpunk pada harga RM49 sahaja

Peluang untuk peminat di Malaysia memiliki OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edisi Terhad kini terbuka, apabila OnePlus Malaysia mengumumkan akan menjadikannya salah satu dari hadiah di dalam kotak misteri Cyberpunk. OnePlus pernah melakukan perkara yang sama semasa melancarkan OnePlus Nord dahulu.

Anda hanya perlu membayar RM49 sahaja untuk membeli kotak misteri ini. Di dalamnya, anda dijamin akan menerima baucar OnePlus bernilai RM50, yang boleh digunakan untuk membeli produk OnePlus di Stor Rasmi OnePlus Lazada. Baucar ini ada tarikh luput sehingga 24 Februari 2021.

Sebanyak 1,000 kotak misteri ini akan dijual, tetapi sebanyak 50 kotak misteri akan turut datang bersama hadiah untuk yang bertuah. 50 hadiah tersebut adalah:

  • 10 unit telefon OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edisi Terhad (set China)
  • 10 unit fon telinga OnePlus Buds (Putih)
  • 10 unit pengecas OnePlus WarpCharge 65W
  • 10 unit kabel OnePlus Warp USB-C ke USB-C 150cm
  • 10 unit fon telinga OnePlus Type-C Bullets Earphones

Jualan kotak misteri ini akan bermula pada jam 12 tengah malam, pada 12 Disember 2020 di Stor OnePlus di Lazada. Ingat, hanya ada 1,000 kotak misteri ini akan dijual, tetapi hanya 50 kotak disertakan hadiah tambahan.

Anda pastinya tidak akan rugi membeli kotak misteri ini kerana terdapat baucar RM50 di dalamnya, dengan membayar RM49 sahaja. Tetapi jika menerima hadiah misteri, sudah pasti ia adalah bonus untuk anda. Lagi-lagi kalau hadiah tersebut adalah telefon pintar OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edisi Terhad.

Jadi jangan lupa untuk menandakan kalendar anda untuk singgah ke Stor Rasmi OnePlus di Lazada, pada tengah malam 12 Disember 2020 kelak. Beli kotak misteri OnePlus ni dulu, baru fikir nak beli benda lain.

BACA  Samsung ISOCELL HM3 diumumkan, sensor 108MP yang masih tiada pemfokusan Dual Pixel

Secara ringkas, OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edisi Terhad memiliki spesifikasi berikut:

  • Pemproses Snapdragon 865
  • RAM LPDDR4x 12 GB
  • Storan UFS3.1 256GB
  • Skrin 6.55-inci Fluid AMOLED FHD+ 120Hz
  • Kamera belakang 48MP + 16MP (ultralebar) + 5MP (makro) + 2MP (bokeh)
  • Kamera depan 16MP
  • Bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W
  • Speaker stereo
  • OxygenOS 11 berasaskan Android 11

Kenali OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edisi Terhad menerusi artikel di bawah ini.

[Sumber: OnePlus]