Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pihak berkuasa ingatkan pilot untuk peroleh kebenaran sebelum terbangkan dron. Ini caranya

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengutuskan satu peringatan di laman Facebook mereka kepada pilot drone diseluruh Malaysia. Menurut utusan tersebut, semua pilot drone diminta untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk terbangkan dron.

Menurut laman FAQ CAAM, ada 3 kategori pesawat tanpa pemandu (unmanned aircraft system (UAS)):

  • UAS kecil
  • UAS yang dilengkapi alat peninjau
  • UAS dengan berat lebih 20kg

Berdasarkan Peraturan Penerbangan Awam (PPA) 2016, Peraturan 140-144 dan Pekeliling Maklumat Aeronautik 04/2008, kebenaran perlu dipohon oleh sesiapa yang ingin terbangkan dron yang dilengkapi alat peninjau seperti kamera, dalam keadaan seperti:

  • Di atas kawasan yang digazetkan sebagai kawasan perumahan, komersial, industri ataupun rekreasi.
  • 150m dari kawasan yang digazetkan sebagai kawasan perumahan, komersial, industri ataupun rekreasi.
  • atas mana-mana perhimpunan melebihi 1,000 orang
  • 50m daripada apa-apa struktur atau kenderaan yang bukannya di bawah kawalan pilot.
  • Dalam jarak 50 meter daripada mana-mana individu
  • Dalam jarak 30 meter daripada mana-mana individu semasa berlepas ataupun mendarat.

Cara untuk mohon kebenaran

Permohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang daripada laman web CAAM.

Anda perlu isi butiran seperti spesifikasi dron, maklumat pilot, dan kepilkan beberapa dokumen. Semuanya boleh dihantar secara dalam talian ke [email protected].

Anda perlu menghantar permohonan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sesi penerbangan. Bayaran yang dikenakan adalah RM250 untuk dron yang beratnya kurang daripada 20kg manakala drone yang melebihi berat dikenakan bayaran RM1,000.

Mujurlah dron yang dalam kategori bawah 20kg tidak perlu didaftarkan bawah CAAM, kalau tak entah berapa ringgit lagi perlu dibelanjakan untuk terbang secara “halal”.

Anda boleh beroleh maklumat lanjut tentang perkara tersebut di laman rasmi CAAM.

BACA  Tempah sekarang siri Galaxy S21 dan terima Buds Pro, Smart Tag dan fon telinga ANC