• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon terbaik Huawei, Mate 40 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 12.12

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 07/12/2020
  • Komen
Keluarga Huawei Mate 40: Semua yang anda perlu tahu tentangnya
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebih sebulan dilancarkan, Huawei Malaysia hari ini mengumumkan tarikh penjualan Huawei Mate 40 Pro, telefon pintar terbaik mereka di pasaran masakini. Ia akan boleh didapati di Malaysia bermula 12 Disember 2020, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,300.

Orang ramai boleh melihat dan mencuba sendiri Huawei Mate 40 Pro di mana-mana Stor Huawei dan Stor Huawei Experience di seluruh Malaysia, mulai 12 Disember 2020. Ia akan dijual di Malaysia pada RM4,299 bersama storan 256GB, dengan warna Mystic Silver sahaja tersedia.



Huawei Malaysia juga ada memberikan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,300 untuk pembelian Mate 40 Pro, tetapi pembeli harus peka tentang bagaimana cara untuk menebusnya. Semak langkahnya di bawah ini:

1. Huawei Sound X (bernilai RM1,299)

Hadiah paling bernilai ini terhad kepada 1,000 unit pertama sahaja. Tetapi ia perlu ditebus, antara 18-20 Disember 2020, menerusi aplikasi Huawei Member Center. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Huawei AppGallery.



2. 3 bulan Dimsum + 1 bulan Huawei Video (RM18+RM15)

Langganan percuma 3 bulan dimsum dan 1 bulan Huawei Video perlu ditebus dalam tempoh sebulan selepas telefon diaktifkan, serta di antara 12 Disember 2020 sehingga 28 Februari 2020. Tiada had penebusan.

3. Huawei Book (RM40)

Boleh ditebus bermula dari 12 Disember 2020. Tiada had penebusan.

4. Huawei Pay (RM100)

50% diskaun untuk pemilik kad ICBC UnionPay, perbelanjaan minima RM20 dan maksium penebusan sehingga sehingga RM100. Terhad kepada 500 penebusan. 3 jumlah pembelian tertinggi dengan perbelanjaan minima RM500, berpeluang memenangi hadiah berupa Huawei P40 Pro, Huawei Freebuds 3 atau Huawei GT2e.

5. Huawei Member Center (RM1,800)

Pelbagai tawaran, ganjaran dan promosi eksklusif bernilai sehingga RM1,800 disediakan untuk pemilik Huawei Mate 40 Pro boleh ditebus di dalam aplikasi ini. Antaranya dari Sunway Resort, Plaza Premium Lounge, Nando’s, Godiva, Fitness First dan banyak lagi. Penebusan perlu dibuat antara 12-31 Disember 2020.

6. Huawei AppGallery

20% rebat untuk transaksi tambah nilai di dalam aplikasi Huawei AppGallery.

7. 50GB storan awan (RM46.80)

Storan awan Huawei Cloud 50GB percuma selama setahun. Boleh ditebus antara 12 Disember 2020 sehingga 11 Disember 2021.

Spesifikasi

Telefon terbaru Huawei ini dikuasakan oleh cip serba baru mereka, Kirin 9000 5G bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Skrinnya berukuran 6.76-inci dari jenis OLED 90hz, beresolusi sedikit lebih dari HD Penuh iaitu 2772×1344 piksel. Lubang kamera hadapannya lebih besar kerana ia memuatkan dua kamera.

Kamera hadapan ini ialah kamera utama Ultra Vision 13MP F2.4 dan kamera 3D Depth Sensing. Kamera 3D ini boleh digunakan sebagai pengecaman wajah untuk pembayaran Huawei Pay, sama seperti Apple Face ID.

Kamera belakang Mate 40 Pro juga lebih hebat. Ia menggunakan kamera utama Super Sensing Wide 50MP F1.9, kamera ultra lebar 20MP F1.8 dengan teknologi anti-herotan, serta kamera telefoto 12MP F2.4 dan kamera Superzoom 8MP F4.4. Ia juga ada kamera 3D Depth Sensing di belakang.

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,400mAh dan menyokong pengecasan lebih pantas 66W, bersama pengeacasan wayarles 50W. Telefon ini tiada jek audio 3.5mm tetapi memiliki speaker stereo dan kalis air IP68.

Warna yang disediakan untuk Mate 40 Pro adalah Mystic Silver, Putih, Hitam, Vegan Hijau dan Vegan Kuning. Perlu diiambil perhatian, Mate 40 Pro tidak menjalankan Google Mobile Services (GMS), jadi tiada aplikasi dan perkhidmatan Google di dalamnya.

Bacaan Berkaitan

Keluarga Huawei Mate 40: Semua yang anda perlu tahu tentangnya
Huawei Mate 40 RS rekaan Porsche boleh membaca suhu badan manusia
Ini senarai peranti Huawei & Honor yang terima EMUI 11 dalam tahun 2020
Tags: HuaweiHuawei Mate 40Huawei mate 40 promate 40mate 40 pro
Najib

Najib

POPULAR

Keluarga Huawei Mate 40: Semua yang anda perlu tahu tentangnya

Telefon terbaik Huawei, Mate 40 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 12.12

7 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER