• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

PROMO: AirAsia tawar tiket dari RM12 selama 3-hari, terbang dari sekarang hingga 30 Jun 2021

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:44 pm
  • 07/12/2020
  • Komen
Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu kenyataan sidang media, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bermula 7 Disember 2020 pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Oleh itu bagi memudahkan perjalanan anda ke destinasi yang diingini, AirAsia mengumumkan jualan tiga hari untuk penerbangan domestik di seluruh Malaysia.



Jualan tiga hari penerbangan domestik

  • Jualan berlangsung dari 7 hingga 9 Disember 2020 di laman airasia.com dan aplikasi AirAsia.
  • Tempoh perjalanan boleh dipilih antara 14 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021.
  • Harga bermula daripada RM12 sehala untuk ahli BIG.
  • RM18 sehala untuk bukan ahli.

AirAsia juga ada menawarkan e-baucar RM50 sebagai satu pakej rangsangan Cuti-Cuti Malaysia, terhad kepada 24,000 orang terawal sahaja. Sekiranya anda sudah menebus e-baucer RM50 AirAsia, anda boleh menggunakannya dalam pembelian ini.

Sekiranya belum dan anda ingin mendapatkannya, anda boleh lihat cara penebusan di sini.



Dalam tawaran kali ini, semua tempahan penerbangan yang dibuat mulai sekarang hingga 31 Disember 2020, boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan. Tetapi ia hanya sah bagi tempoh perjalanan hingga 31 Mac 2021 sahaja.

Jadi, untuk tidak melepaskan peluang ini, anda boleh tempah dahulu dan lakukan perubahan tarikh sekiranya diperlukan.

Cara ubah tarikh perjalanan tanpa had dan bayaran tambahan

Ubah melalui laman sesawang AirAsia:

  1. Klik ‘My Bookings’ dibahagian atas.
  1. Log masuk ahli BIG
  1. Pilih penerbangan yang ingin diubah
  1. Pilih tarikh penerbangan baru
  1. Pilih penerbangan baru yang anda inginkan
  1. Periksa item tambahan anda
  1. Lakukan pembayaran untuk sebarang tambang tambahan
  1. Penukaran penerbangan berjaya

Ubah melalui aplikasi AirAsia

  1. Klik ‘My Booking’
  2. Log masuk ahli BIG
  3. Pilih penerbangan yang ingin diubah
  4. Tekan ikon edit dan pilih penerbangan
  5. Pilih tarikh baru penerbangan
  6. Pilih penerbangan
  7. Periksa item tambahan anda
  8. Lakukan pembayaran perubahan tambang sekiranya ada
  9. Penukaran penerbangan berjaya

AirAsia perketat langkah-langkah kesihatan & kebersihan

Menurut ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, AirAsia telah memperkenalkan langkah-langkah keselamatan baharu bagi para tetamu di sepanjang perjalanan termasuk sebelum, semasa dan selepas penerbangan.

  1. Sebelum penerbangan:
    • Pemeriksaan suhu penumpang
    • Memastikan penumpang mengamalkan penjarakan sosial
    • Cecair basmi kuman akan disediakan di setiap lokasi pemeriksaan untuk tetamu dan kakitangan
    • Menyediakan teknologi tanpa sentuh bagi mengurangkan kontak permukaan dan fizikal semasa proses daftar masuk dan menaiki pesawat
    • Taklimat Pra-Penerbangan akan dilakukan untuk semua kru kabin bagi memastikan semua dikemas kini dengan nasihat terkini
  1. Dalam penerbangan:
    • Semua tetamu mesti memakai topeng muka sebelum menaiki pesawat, ketika dalam penerbangan dan semasa pengambilan bagasi
    • Semua kru kabin akan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi termasuk menggunakan cecair pembasmi kuman tangan dan memakai topeng muka dan sarung tangan
    • Semua hidangan disediakan dan dibungkus dengan bersih mengikut syarat-syarat keselamatan makanan yang ketat.
    • Kru kabin dilatih mengendalikan situasi perubatan ketika dalam penerbangan termasuk mengenal pasti dan mengasingkan sesiapa yang menunjukkan gejala kurang sihat
  1. Selepas penerbangan:
    • Pembersihan pesawat secara mendalam selama 2 jam menggunakan bahan pembersih yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Awam dan syarikat pengeluar pesawat.
    • Kabin pesawat akan dibasmi kuman melalui penyemburan aerosol sebelum setiap penerbangan

Inilah merupakan antara peluang buat rakyat Malaysia untuk terbang dengan kos rendah, sambil menyemarakkan kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini, anda boleh ikuti laman sesawang AirAsia di sini dan laman sosial rasmi Airasia di Twitter, Facebook dan Instagram.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaCuti-Cuti Malaysia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf

PROMO: AirAsia tawar tiket dari RM12 selama 3-hari, terbang dari sekarang hingga 30 Jun 2021

7 December 2020
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER