Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelanggan AirAsia boleh tukar tarikh penerbangan tanpa had sebelum 31 Disember

Sebagai langkah untuk menawarkan pilihan lebih fleksible, AirAsia mengumumkan pengecualian bayaran penukaran penerbangan pelanggan untuk menukar penerbangan mereka ke tarikh baharu tanpa had sebelum 31 Disember 2020.

Menurut kenyataan dari AirAsia, fleksibiliti untuk tempahan baharu ini diberikan susulan keadaan pandemik COVID-19 dan sekatan perjalanan semasa. Pihak AirAsia juga memahami akan keperluan pelanggan merancang semula perjalanan mereka.

Tawaran ini sah untuk tempahan baharu yang dilakukan dalam talian antara 3 Jun hingga 31 Oktober 2020. Pertukaran tarikh penerbangan bergantung kepada ketersediaan tempat duduk dan perbezaan tambang.

Penukaran tarikh dan waktu penerbangan juga hanya boleh dilakukan dalam tempoh selewatnya 48 jam sebelum waktu asal (4 jam untuk kod penerbangan AirAsia India i5).

Perkhidmatan tambahan seperti daftar masuk bagasi, makanan dan pilihan tempat duduk boleh dilakukan semula dalam tempahan penerbangan baharu.

Tawaran ini tersedia untuk semua penerbangan domestik termasuk di:

  • Malaysia (kod penerbangan AK)
  • Indonesia (kod penerbangan QZ)
  • Thailand (kod penerbangan FD)
  • Filipina (kod penerbangan Z2)
  • India (kod penerbangan i5)

Pelanggan boleh melakukan pertukaran tarikh penerbangan menerusi laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Cara untuk menukar tarikh penerbangan adalah seperti berikut:

  1. Klik pautan ‘Tempahan Saya’
  2. Log masuk ke akaun Ahli BIG anda
  3. Pilih penerbangan yang ingin ditukar
  4. Pilih tarikh penerbangan baharu
  5. Pilih penerbangan baharu
  6. Semak perkhidmatan tambahan (jika ada)
  7. Bayar perbezaan tambang
  8. Penukaran penerbangan anda telah berjaya

Terdahulu, AirAsia turut melanjutkan tempoh sah kredit AirAsia Big kepada 730 hari atau 2 tahun. Syarikat penerbangan tambang murah itu turut menawarkan pelanggan dengan penerbangan semasa larangan penerbangan akibat COVID-19, kepada penggantian tarikh tanpa had serta kredit di dalam akaun AirAsia Big. Bagi tiket yang dibeli sebelum 17 April 2020, pertukaran boleh dilakukan pada tarikh sebelum 31 Oktober 2020.

BACA  Realme C11 akan cipta dua rekod antarabangsa di Malaysia

Sumber: AirAsia