• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y20s naik taraf RAM, storan, pengecas 18W, kekalkan skrin HD dan pengecas mikro-USB

  • OLEH Najib
  • 3:20 pm
  • 07/12/2020
  • Komen
Vivo Y20s naik taraf RAM, storan, pengecas 18W, kekalkan skrin HD dan pengecas mikro-USB
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum mengakhiri tahun 2020, Vivo Malaysia mengumumkan ketibaan satu lagi telefon pintar keluaran mereka, Vivo Y20s. Ia menaik taraf sedikit perkakas yang sedia ada pada Vivo Y20, dengan mengekalkan rupa luarannya.

Vivo Y20s masih dengan kuasa pemproses Snapdragon 460, tetapi RAM digandakan kepada 8GB dan storan lebih luas 128GB. Baterinya juga masih sama berkapasiti 5,000mAh tetapi kini menyokong pengecasan pantas 18W. Agak sedih kerana ia masih menggunakan sambungan mikro-USB untuk mengecas.



Skrin LCD berukuran 6.51-inci bertakuk digunakan di Vivo Y20s, juga masih dengan resolusi HD 720p sahaja. Pengimbas capjari terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Untuk kamera, terdapat 3 di belakang gabungan kamera utama 13MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Tiada kamera ultra lebar padanya. Di hadapan pula, ia dilengkapi kamera 8MP yang terletak di takuk di atas skrin.



Jek audio 3.5mm masih dikekalkan di telefon ini dan ia juga menyediakan tiga slot kad. Dua untuk kad sim nano dan satu kad mikroSD.

Vivo Y20s boleh dibeli di Malaysia bermula dari 5 Disember 2020, dengan pilihan warna hitam atau biru. Ia dijual di Malaysia pada harga RM899. Dikira agak mahal memandangkan ia masih memiliki skrin HD dan pengecas mikro-USB.

Tetapi jika berminat, Vivo Malaysia menyediakan promosi pembelian awal. Dari 5-13 Disember 2020, pembeli Vivo Y20s akan menerima jaminan tahun kedua dan jaminan perlindungan skrin selama setahun.

Maklumat lanjut mengenai telefon ini boleh didapati dari laman produk Vivo Y20s.

Tags: Vivo Y20s
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Y20s naik taraf RAM, storan, pengecas 18W, kekalkan skrin HD dan pengecas mikro-USB

Vivo Y20s naik taraf RAM, storan, pengecas 18W, kekalkan skrin HD dan pengecas mikro-USB

7 December 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN