• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

AirPods Max: Apa yang ada pada headfon RM2,399 ini?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:34 pm
  • 09/12/2020
  • Komen
AirPods Max: Apa yang ada pada headfon RM2,399 ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum Hari Krismas, Apple telah melancarkan headfon pertama mereka dalam kategori over-ear dan harganya agak “keras”. Pada harga RM2,399, ia 50% lebih mahal berbanding Sony WH-1000XM4 yang diangkat ramai sebagai piawaian untuk sebuah headfon ANC untuk pengguna kebanyakkan.

Sony WH-1000XM4
Sony WH-1000XM4

AirPods Max masih belum dijual di Malaysia. Tapi, dalam pasaran terpilih, ia mula dijual pada 15 Disember 2020. Bila ia mula dijual, anda boleh dapatkannya dalam warna Space Grey, Silver, Sky Blue, Green, dan Pink.



Warna AirPods Max

Daripada sudut fizikaliti, rekaan AirPods Max lebih banyak gunakan lengkungan berbanding sisi tajam. Angkup telinganya diperbuat daripada fabrik jenis mesh. Kanopinya dihasilkan daripada stainless steel dan ada rekaan teleskopik untuk suaikan bahagian angkup dengan kepala si pemakai.

Satu komponen unik AirPods Max ada berbanding earfon lain adalah kehadiran roda yang boleh diputar, sama yang boleh anda temui pada Apple Watch. Ia boleh ditekan dan diputar tuntuk berikan arahan kepada gajet yang dihubungkan padanya. Ada juga satu butang tambahan untuk hidup ataupun matikan penyaring hingar aktif (ANC).



Pada jabatan audio, AirPods Max dilengkapi pemacu audio sebesar 40mm yang dibangunkan Apple sendiri. Katanya julat kedinamikan frekeunsi headfon ini luas. Maknanya, ia mampu hasilkan bunyi bass dan treble dengan cemerlang.

Apple memasukkan sejumlah sensor pada produk ini. Anda ada giroskop, akselerometer, sensor optikal dan beberapa sensor lain. Sensor seperti giroskop berikan fungsi audio spatial iaitu bunyi audio yang beradaptasi dengan pergerakan kepala.

Semua komponen ini dikawal selia oleh satu SoC Apple H1, cip yang sama digunakan mereka untuk barisan Airpods lain.

Pengeluarnya tidak pula menerangkan bagaimana cara mengecas headfon ini. Ia tiada port lightning ataupun USB-C untuk dihubungkan kabel padanya. Tapi anda perlu masukkannya pada casing yang diberikan dan casing tersebut disambungkan pada kabel lightning yang disediakan.

Dengan satu bateri penuh, ia berkhidmat selama 20 jam lamanya, walaupun segala fungsinya terpasang. Pengecasan selama 5 minit berikan waktu guna sehingga 1.5 jam lamanya.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: airpods maxappleApple Airpodsapple airpods max
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AirPods Max: Apa yang ada pada headfon RM2,399 ini?

AirPods Max: Apa yang ada pada headfon RM2,399 ini?

9 December 2020
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER