Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ciri baharu WhatsApp memudahkan beli-belah di dalam ruangan chat

Aplikasi WhatsApp Business digunakan oleh ramai individu sebagai medium untuk berjual beli kerana urusan perniagaan menjadi lebih mudah di situ.

Sebelum ini, pembeli hanya boleh melihat item yang dijual melalui katalog yang tersedia dan perlu mesej penjual sekiranya ingin membeli item tersebut.

Namun, baru-baru ini, WhatsApp mengumumkan penambahan ciri cart di dalam aplikasi tersebut. Cart ini amat membantu untuk mengumpul item yang ingin dibeli, lebih-lebih lagi jika ingin membeli dalam jumlah yang banyak.

Ciri ini secara tidak langsung akan memudahkan penjual menguruskan permintaan dari pelanggan dan menyelesaikan jualan. Penjual juga dapat mengetahui dengan jelas item yang pelanggan mahukan.

Cara membeli item menggunakan cart

Anda boleh memulakan perbualan dengan menghantar mesej atau boleh terus ke katalog untuk melihat barang yang dijual.

  1. Bukak aplikasi WhatsApp
  2. Pergi ke profil perniagaan yang anda ingin berurusan
  3. Tekan ikon butang membeli-belah (imej rumah) yang tertera di sebelah nama perniaga untuk mengakses katalognya
  4. Setelah katalog dibuka, lihat produk yang ingin anda pesan
  5. Tekan produk yang anda ingin beli
  6. Tekan Add to cart pada produk jika anda ingin membuat pesanan
    • Sebagai alternatif, anda juga boleh tekan mesej perniagaan (message business) jika anda ingin mengemukakan soalan khusus mengenai produk tersebut.

Mengedit cart anda

Anda boleh menolak item yang anda tidak mahu, dengan mengedit cart

  1. Tekan lihat View Cart dibahagian bawah untuk melihat semua produk yang ada di dalam troli anda.
  2. Tekan Add More jika anda ingin kembali ke katalog untuk terus menambahkan lebih banyak produk
  3. Anda juga boleh mengedit kuantiti untuk setiap produk yang ditambahkan ke cart anda.
  4. Sekiranya anda tidak mahu item tersebut, anda boleh pilih buang (remove) pada pilihan kuantiti.
BACA  WhatsApp tangguh wajibkan pengguna terima syarat baru, dari 8 Februari ke 15 Mei

Membuat pesanan

Apabila anda sudah berpuas hati dengan item yang dipilih, anda sudah boleh ke langkah seterusnya iaitu membuat pesanan.

  1. Setelah berjaya mengemas kini cart, anda boleh menghantarnya kepada penjual sebagai pesanan WhatsApp
  2. Setelah dihantar, anda akan dapat melihat perincian pesanan anda dengan menekan View sent cart di ruangan sembang anda dengan penjual.
  3. Anda boleh menamatkan pesanan di ruangan tersebut.

Ciri ini mudah digunakan dan dapat melancarkan proses jual beli antara dua pihak. Anda boleh mencuba ciri ini melalui aplikasi WhatsApp anda kerana ianya sudah dilancarkan.

[Sumber: WhatsApp]