• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon 5G lebih mampu milik Realme akan tiba di Malaysia pada 17 Disember

  • OLEH Najib
  • 12:21 pm
  • 10/12/2020
  • Komen
Telefon 5G lebih mampu milik Realme akan tiba di Malaysia pada 17 Disember
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini membongkar rahsia tentang pelancaran telefon pintar 5G terbaru mereka. Realme 7 5G, peranti kelas pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Disember 2020.

Majlis pelancaran ini akan diadakan secara dalam talian, menerusi siaran langsung di Facebook Realme Malaysia, bermula pukul 12 tengahari pada 17 Disember 2020.



Setakat ini, masih belum ada maklumat rasmi tentang telefon 5G Realme ini, tetapi boleh dijangka ia adalah peranti yang sama seperti di Thailand. Di sana, tiada Realme 7 bukan 5G dilancarkan, sebaliknya mereka terus menjual edisi 5G.

Realme 7 5G yang ada di Thailand juga ada banyak perbezaan dengan Realme 7 di Malaysia. Paling ketara adalah kuasa pemprosesnya. Realme 7 5G dikuasakan cip Mediatek Dimensity 800U 5G, bersama RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.1.



Skrinnya memiliki keluasan yang sama, 6.5-inci tetapi Realme 7 5G dilengkapi kadar penyegaran lebih tinggi, sepantas 120Hz berbanding hanya 90Hz di Realme 7. Saiz bateri dan kuasa pengecasnya sama, 5,000mAh dan 30W melalui USB-C.

Di kamera belakang juga ada sedikit perbezaan. Realme 7 di Malaysia menggunakan kamera utama 64MP tetapi Realme 7 5G di Thailand, menggunakan kamera utama 48MP. Tiga lagi kamera adalah sama iaitu kamera ultra lebar 8MP, kamera hitam putih 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan juga sama, 16MP di dalam lubang di sudut atas skrin.

Satu lagi perkara yang berbeza dilihat pada helaian spesifikasi adalah, Realme 7 5G memiliki slot kad sim hibrid, bermakna boleh menggunakan dua kad sim serentak atau satu kad sim dan satu kad mikroSD sahaja. Tidak boleh menggunakan tiga kad serentak.

Sumber

Untuk rujukan, Realme 7 5G dijual di Thailand pada harga THB 9,999 (RM1,351), dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Jika ia dijual pada harga RM1,399, ini boleh menjadi salah satu telefon 5G paling murah di Malaysia tahun ini. Telefon 5G lain di Malaysia dengan harga terendah buat masa ini adalah Huawei Nova 7 SE (RM1,299), Samsung Galaxy A42 (RM1,599) dan Mi 10T (RM1,699).

Selain telefon 5G baru, Realme Malaysia ada juga memberi petunjuk tentang sesuatu yang akan tiba pada 15 Disember 2020. Ia menunjukkan gambar gelap dengan bayangan kucing memakai kaca mata petak (VR?). Ini diikuti dengan sebuah poster filem “Realmeow”. Adakah Realme menghasilkan filem yang dirakam menggunakan telefon Realme? Ini kita kena tunggu pengumuman lanjut pada 15 Disember kelak.

[Sumber: Realme]

Tags: RealmeRealme 7realme 7 5gRealmeow
Najib

Najib

POPULAR

Telefon 5G lebih mampu milik Realme akan tiba di Malaysia pada 17 Disember

Telefon 5G lebih mampu milik Realme akan tiba di Malaysia pada 17 Disember

10 December 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN