• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TIME lancar OmniMesh, menawarkan WiFi mesh percuma untuk pelanggan

  • OLEH Najib
  • 1:36 pm
  • 10/12/2020
  • Komen
TIME lancar OmniMesh, menawarkan WiFi mesh percuma untuk pelanggan
Share on FacebookShare on Twitter

TIME, salah satu penyedia jalur lebar tetap di Malaysia hari ini mengumumkan OmniMesh, sebuah sistem WiFi yang direka untuk memberi liputan WiFi lebih meluas di rumah. OmniMesh boleh menjadi penambahan kepada jalur lebar TIME Fibre Home, bagi memastikan setiap sudut di dalam rumah dapat menikmati sambungan internet yang pantas dan stabil.

Omnimesh berfungsi menggunakan gandingan router bersama satu ‘node’ atau lebih, yang bertindak sebagai penyambung WiFi untuk liputan lebih meluas. Node bertugas dengan menangkap signal WiFi dari router dan memancarkan semula signal ke jarak lebih jauh dari router, sambil mengekalkan kelajuan dan kestabilan sambungan internet.



Menurut TIME, mereka menggunakan teknologi Smart WiFi untuk memastikan sambungan terbaik boleh dinikmati di dalam rumah. TIME juga telah menaik taraf keupayaan sistem mereka menyelesaikan masalah sambungan dengan lebih cepat dan tepat, menggunakan perisian Network Cloud Engine (NCE) di dalam rangkaian.

Router Mesh

Terdapat dua jenis router mesh ditawarkan TIME untuk pelanggan. Untuk pelan 100Mbps dan 500Mbps, TIME mengesyorkan router Huawei HG8145, yang boleh dipadankan dengan mesh node Huawei WA8021V5. Gandingan router dan node Huawei ini boleh memberikan sambungan WiFi dengan kelajuan sehingga 867Mbps di band 5GHz, serta sehingga 300Mbps di band 2.4GHz.



Manakala untuk pelan 1Gbps, TIME menyediakan router TP-Link EC-440, yang dipadankan dengan mesh node TP-Link HC-420. Gandingan ini memberikan sambungan WiFi sehingga 1,733Mbps di band 5GHz dan sehingga 300Mbps di band 2.4GHz.

Semua router dan mesh node yang ditawarkan TIME ini datang dengan jaminan selama 2-tahun. Dengan pengenalan Omnimesh, semua pelanggan baru TIME akan menerima router dan 1 node Huawei, secara percuma.

Untuk pelanggan sedia ada TIME, anda boleh mendapatkan router dan 1 node Huawei secara percuma, dengan syarat memperbaharui kontrak selama 24-bulan. Jika mahu menambah node, ia boleh dibeli bersama pada harga RM169 setiap satu.

Jika mahu sambungan WiFi lebih pantas, router dan node TP-Link ditawarkan pada harga RM549 bersama 1 node. Node tambahan boleh dibeli pada harga RM199 setiap satu.

Khas untuk pelanggan pelan 1Gbps, TIME kini menjalankan promosi “Mesh WiFi Percuma” dengan memberikan Enhanced Starter Pack percuma, bernilai RM549. Promosi ini dijalankan untuk masa terhad, jadi jangan terlambat mendapatkannya.

TIME menyediakan 3 jenis pelan untuk pengguna di rumah. Pelan paling murah ialah pelan 100Mbps berharga RM99/bulan, diikuti pelan 500Mbps RM139/bulan dan paling laju, pelan 1Gbps RM199/bulan. Jika mendaftar kontrak selama 24-bulan, pelanggan akan menerima rebat RM100 pada bil bulan pertama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web TIME Omnimesh dan laman web pelan TIME.

Tags: timeTIME OmniMesh
Najib

Najib

POPULAR

TIME lancar OmniMesh, menawarkan WiFi mesh percuma untuk pelanggan

TIME lancar OmniMesh, menawarkan WiFi mesh percuma untuk pelanggan

10 December 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN