• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

E-skuter dilarang atas jalan raya mulai 1 Jan 2021, boleh didenda RM1,000 atau penjara 3 bulan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:33 pm
  • 13/12/2020
  • Komen
E-skuter dilarang atas jalan raya mulai 1 Jan 2021, boleh didenda RM1,000 atau penjara 3 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Bimbang menganggu pengguna jalan raya, skuter elektrik atau e-skuter tidak boleh lagi digunakan di atas jalan raya. Sebaliknya ia hanya dibenarkan ditaman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.

Larangan ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun hadapan.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai tindakan penunggang skuter elektrik yang menunggang di atas jalan raya di ibu negara.

Skuter elektrik. Sumber: Al-Hijrah

Jelasnya lagi, aktiviti penunggang skuter ini boleh mendatangkan bahaya atau mengakibatkan kemalangan dijalan raya. Antara kesalahan yang dilakukan oleh mereka ialah:



  1. Menunggang e-skuter secara berdua
  2. Tidak menggunakan laluan ataupun siar kaki yang disediakan
  3. Menunggang secara berbahaya di tengah jalan secara berkumpulan.

Menurut sumber, tiga kawasan aktif penggunaan e-skuter di ibu negara ialah:

  1. Sekitar Dataran Merdeka
  2. KLCC
  3. Bukit Bintang.

Hukuman ingkar arahan

Individu yang ingkar dengan kesalahan pertama akan dikenakan hukuman denda sebanyak RM300. Bagi kesalahan kedua, pesalah boleh didenda sebanyak RM1,000 atau berdepan penjara tiga bulan. Hukuman ini adalah di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Buat masa ini, pihak polis sedang memantau individu yang bermain e-skuter di atas jalan raya. Mereka hanya akan menasihatkan individu tersebut sementara menunggu 1 Januari untuk mengambil tindakan.

Sekiranya anda mahu menggunakan e-skuter di atas jalan raya, anda perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

E-skuter mula mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini. Ada pihak yang menyewakan skuter ini bermula RM2.50 untuk memudahkan pergerakan individu ke destinasi yang agak jauh di sekitar Kuala Lumpur.

Kelajuan e-skuter dihadkan pada 20 kilometer sejam. Ia boleh menempuh jarak 45km hingga 50km atau sekitar empat hingga lima perjalanan sebelum memerlukan pengisian semula elektrik. Namun ia lebih bahaya kepada nyawa penunggang, apabila penggunaan helmet tidak diwajibkan ke atas kenderaan ini.

[Sumber: Bernama, Metro]

Tags: e-scooter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol

Ini sebab kenapa ada TNG RFID luput 31 Januari 2024

27 November 2023
Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

3 November 2023
Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

25 November 2023
Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

21 November 2023
TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

27 November 2023
E-skuter dilarang atas jalan raya mulai 1 Jan 2021, boleh didenda RM1,000 atau penjara 3 bulan

E-skuter dilarang atas jalan raya mulai 1 Jan 2021, boleh didenda RM1,000 atau penjara 3 bulan

13 Disember 2020

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER