• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Oppo Reno 4 turun harga sehingga RM300 dari harga asal

  • OLEH Najib
  • 4:57 pm
  • 15/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dilancarkan empat bulan lepas, siri Oppo Reno 4 hari ini menerima pengurangan harga kekal. Ia boleh menyemarakkan lagi perayaan yang disambut pada hujung tahun ini.

Bermula dari 14 Disember 2020, harga baru untuk siri Reno 4 di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Oppo Reno 4 8GB+128GB – RM1,699 RM1,499
  • Oppo Reno 4 Pro 8GB+256GB – RM2,399 RM2,099

Oppo menamakan siri Reno 4 sebagai flagship untuk kelas pertengahan. Kedua-dua telefon ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 720G, tiada 5G, serta RAM seluas 8GB. Storan sebesar 128GB terdapat di Oppo Reno 4 manakala versi Pro memiliki storan 256GB.

Oppo Reno 4

Oppo Reno 4 datang dengan skrin LCD 6.43-inci HD Penuh, dikuasakan bateri 4,015mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W. Terdapat 4 kamera di belakangnya, gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera mono 2MP. Di hadapan pula ada 2 kamera iaitu kamera utama 32MP dan kamera kedua untuk mengecam wajah.



Oppo Reno 4 Pro

Oppo Reno 4 Pro pula memiliki skrin Super AMOLED 6.55-inci 90Hz HD Penuh, dengan tenaga dari bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Ia ada 4 kamera belakang yang sama, iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera mono 2MP. Tetapi kamera hadapan hanya satu, 32MP.

Telefon pintar siri Oppo Reno 4 ini boleh didapati dari semua pengedar sah Oppo, serta Stor Rasmi Oppo di Lazada dan Shopee.

Bacaan Berkaitan

Oppo Reno 4 Pro & Reno 4: Maklumat penjualannya di Malaysia
Warna baru Oppo Reno 4 Pro tiba dengan edisi khas Christy Ng dan Pestle & Mortar
Find X 2021, jawapan Oppo kepada Galaxy Z Fold 2 dan Mate X
Tags: oppoOppo Reno 4Oppo Reno 4 Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Siri Oppo Reno 4 turun harga sehingga RM300 dari harga asal

15 December 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN