• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go RFID kini boleh digunakan di Lebuhraya LEKAS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:31 pm
  • 15/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat pengguna kerap Lebuhraya LEKAS. Touch ‘n Go RFID kini boleh mula digunakan di setiap plaza tol di sana bermula 15 Disember 2020. Ada 5 plaza tol dalam sistem Lebuhraya Lekas iaitu:

  1. Kajang Selatan
  2. Semenyih
  3. Pajam
  4. Mantin
  5. Setul

Perkara ini adalah satu perkembangan yang positif, tetapi lebih ramai yang menantikan sokongan RFID pada Lebuhraya PLUS yang sentiasa ditangguhkan. Ia tentu sekali bukanlah sebab teknikaliti kerana sudah ada 21 sistem lebuhraya menggunakannya. Sebaliknya ada kaitan dengan perundangan apabila PLUS pun katanya ada solusi RFID mereka yang tersendiri.



Selain LEKAS, RFID juga kini sedang dinikmati di 21 sistem lebuhraya di semenanjung Malaysia. Anda boleh gunakan RFID di:

  1. Lebuhraya KL-Karak
  2. Lebuhraya Damansara – Puchong
  3. Lebuhraya Kemuning Shah Alam
  4. Lebuhraya Cheras – Kajang
  5. Lebuhraya Grand Sepadu
  6. Lebuhraya Shah Alam
  7. Lebuhraya SILK
  8. Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya
  9. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang
  10. Terowong SMAR
  11. Lebuhraya Pantai Baharu
  12. Lebuhraya BESRAYA
  13. Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat
  14. Lebuhraya KL- Kuala Selangor
  15. Lebuhraya Beringkat Ampang – KL
  16. Lebuhraya Guthrie
  17. Lebuhraya Linkedua
  18. Jambatan Sultan Abdul Halim
  19. Lebuhraya Butterworth – Kulim
  20. Lingkaran Luar Butterworth
  21. Lebuhraya PLUS (Jitra sahaja)

RFID adalah pelekat yang ditampal di bahagian depan kenderaan, sama ada di lampu ataupun cermin. Pelekat ini  mengandungi cip RFID yang akan memberi respons kepada gelombang radio daripada pemancar khas apabila anda tiba di plaza tol yang menyokongnya.



Dengan membaca maklumat pada pelekat RFID, sistem Touch ‘n Go akan tolak kredit eWallet anda berdasarkan kadar tol yang dikenakan pihak konsesi.

Sekiranya anda berminat untuk memasang RFID pada kereta, ia kit DIY-nya boleh didapati di Lazada dan Shopee pada harga RM35 seunit.

Tags: rfidtng rfidtouch n go rfid
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Touch ‘n Go RFID kini boleh digunakan di Lebuhraya LEKAS

15 December 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN