• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram mahu pengguna dapatkan maklumat sahih Covid-19 dengan ciri baharu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:51 pm
  • 18/12/2020
  • Komen
Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram melancarkan dua ciri baharu berkaitan Covid-19. Ia bertujuan memberi pengguna mengikuti perkembangan dan mendapatkan maklumat dari sumber yang dipercayai secara terus dari Instagram.

Perkara ini dilakukan kerana banyak negara di seluruh dunia menunjukkan peningkatan kes Covid-19.



Menghubungkan pengguna dengan pihak kesihatan

Pengguna Instagram yang berada di lokasi kes meningkat akan dapat melihat ciri ini di laman utama Instagram dibahagian atas. Instagram akan memaparkan notis untuk berhubung terus ke pihak kesihatan seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Ia bertujuan memudahkan pengguna mendapat informasi terkini mengenai Covid-19.

Selain itu, bagi membuang pelbagai spekulasi atau tuntutan yang dilarang secara meluas mengenai Covid-19, Instagram melakukan sedikit penambahan pada bahagian carian.



Apabila pengguna mencari istilah yang berkaitan dengan vaksin atau Covid-19, Instagram tidak akan menunjukkan terus akaun yang berkaitan dengan carian. Sebaliknya, Instagram akan memaparkan kepada pengguna dua pilihan sama ada pergi ke laman sesawang rasmi atau lihat keputusan.

Oleh itu, saya cuba menggunakan kedua-dua ciri tersebut di Instagram saya. Ciri yang pertama tidak ada di halaman utama, mungkin kerana lokasi di sini tidak mempunyai peningkatan kes Covid-19.

Untuk ciri yang kedua, saya cuba membuat carian ‘vaccine‘ di ruang carian. Lalu aplikasi ini memberikan saya pilihan sama ada untuk pergi ke laman sesawang atau lihat keputusan.

Apabila saya tekan pilihan pergi ke laman sesawang, Instagram membawa saya ke laman sesawang Pertubuhan Kesihatan Dunia. Di laman tersebut menerangkan jawapan kepada persoalan mengenai vaksin.

Untuk pilihan lihat keputusan pula, Instagram memberi pilihan akaun yang berkaitan dengan vaksin. Akaun yang mendapat pengesahan berada di bahagian atas, manakala di bawahnya masih ada akaun umum yang tidak boleh dipercayai seperti akaun anti vaksin.

Seterusnya, saya cuba membuat carian ‘Covid’ diruangan carian. Keputusannya adalah sama seperti carian ‘vaccine‘ tadi. Instagram memberi dua pilihan. Namun kali ini, Instagram memberi pilihan untuk ke laman sesawang kementerian kesihatan atau lihat keputusan.

Untuk pilihan laman sesawang kementerian kesihatan, saya di bawa ke portal tersebut dan di situ terdapat maklumat mengenai kes Covid-19 di Malaysia, nombor talian kecemasan dan beberapa maklumat lain lagi.

Bagi pilihan lihat keputusan pula, Instagram memaparkan dua akaun yang yang disahkan dibahagian paling atas. Iaitu akaun Pertubuhan Kesihatan Dunia dan UNICEF. Ia kemudian diikuti akaun yang mempunyai nama covid.

Ciri baharu pada Instagram ini dilihat mengutamakan suber maklumat Covid-19 yang rasmi kepada pengguna. Namun begitu, akaun yang menyalurkan maklumat berlawanan juga masih wujud.

Maka, pengguna harus berhati-hati dalam mencari maklumat dan pastikan anda kunjungi laman sesawang yang sah untuk memperolehi sebarang berita.

[Sumber: Instagram]

Tags: COVID-19instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini

Instagram mahu pengguna dapatkan maklumat sahih Covid-19 dengan ciri baharu

18 December 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER