• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Peranti Android dengan Snapdragon 888 boleh terima sehingga 3 kali kemaskini OS

  • OLEH Najib
  • 4:29 pm
  • 18/12/2020
  • Komen
Android 11 rasmi hari ini, meluncur keluar ke lebih banyak telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Google dan Qualcomm baru-baru ini mengumumkan kerjasama yang membolehkan kemaskini Android diberikan sehingga 3 kali dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun, berbanding hanya 2 kali dan 3 tahun buat masa ini. Sokongan ini akan dimulakan dari pemproses Snapdragon 888 yang baru sahaja dilancarkan.

3 tahun lepas, Google telah memperkenalkan Project Treble, di mana ia telah memudahkan usaha pengeluar peranti untuk mengemaskini sistem operasi Android. Bagaimanapun ia masih terikat dengan maksimum 2 kemaskini sistem operasi (OS) dan 3 tahun kemaskini keselamatan. Berbeza dengan iPhone dan iOS di mana Apple mengawal sepenuhnya pembangunan perisian dan perkakas, dan boleh memberikan kemaskini sistem operasi sehingga lima kali, atau lebih.



Kemaskini Android pula memerlukan usaha tiga pihak iaitu Google selaku pembangun Android, pengeluar peranti serta pengeluar cip seperti Qualcomm dan MediaTek. Apabila Google mengumumkan Android terbaru, pengeluar pemproses perlu mengemaskini arahan di dalam cip mereka, kemudian pengeluar peranti perlu menyesuaikannya dengan peranti mereka.

Project Treble menunjukkan hasilnya apabila Google melaporkan, pengeluar peranti telah melepaskan kemaskini Android dengan lepas pantas. Semasa Android 9 Pie dilancarkan, peranti yang menggunakannya selepas 100 hari sekitar 10 juta sahaja. Tetapi dengan Android 10, ia mencatat lonjakan apabila lebih 20 juta mengunakannya selepas 100 hari dilancarkan dan terus melonjak naik. Android 11 pula masih kurang 100 hari dari pelancaran, tetapi menunjukkan peningkatan lebih tinggi dari Android 10.



Walaupun Project Treble telah memudahkan kerja pengeluar peranti, ia masih tidak menyelesaikan masalah di pihak pengeluar cip. Sementara Google telah memudahkan pengeluar dengan sokongan perkakas lama di dalam Android terbaru, pengeluar cip masih perlu menyediakan sokongan yang berbeza untuk peranti lama.

Pengeluar cip perlu sediakan Vendor Implementation baru pada setiap Android baru

Dalam pengumuman terbaru ini, Google melanjutkan sokongan Project Treble kepada pengeluar cip. Jadi pengeluar cip boleh mengeluarkan satu jenis cip sokongan untuk digunakan pengeluar peranti, tidak lagi perlu menghasilkan cip sokongan yang berbeza setiap kali Android baru diperkenal.

Dengan kerjasama ini, Vendor Impelementation yang sama boleh digunakan di semua kemaskini Android baru

Walaupun secara teknikal, kemaskini OS boleh diberikan selagimana perkakas tersebut masih mampu menggerakkannya, kosnya menjadi sangat tinggi untuk memastikan ia boleh digunakan di pelbagai peranti. Disebabkan ini, pengeluar cip tidak menyediakan sokongan OS baru yang lebih panjang.

Official response from Qualcomm PR:

"Qualcomm will support the launch version + 3 OS upgrades, for a total of 4 major Android OS versions. Snapdragon 888 will support Android 11, 12, 13, and 14. "

So three years of major OS updates, and four years of security updates.

— Ron Amadeo (@RonAmadeo) December 16, 2020

Langkah ini dijangka akan digunakan pada cip baru selepas ini, bermula dari Snapdragon 888. Untuk cip lama, ia masih kekal dengan sokongan seperti dahulu iaitu maksimum 2 kemaskini Android dan 3 tahun kemaskini keselamatan.

[Sumber: XDA]

Bacaan Berkaitan

Qualcomm Snapdragon 888: Maklumat yang anda perlu tahu
Qualcomm cari ong dalam tahun 2021 dengan Snapdragon 888
Android 11 rasmi hari ini, meluncur keluar ke lebih banyak telefon pintar
Tags: androidQualcommqualcomm snapdragon 888
Najib

Najib

POPULAR

Android 11 rasmi hari ini, meluncur keluar ke lebih banyak telefon pintar

Peranti Android dengan Snapdragon 888 boleh terima sehingga 3 kali kemaskini OS

18 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER