• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Android 11 rasmi hari ini, meluncur keluar ke lebih banyak telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 12:59 pm
  • 09/09/2020
  • Komen
Android 11 rasmi hari ini, meluncur keluar ke lebih banyak telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Google hari ini melancarkan sistem operasi (OS) mudah alih terbaru, Android 11 secara rasminya. Seperti biasa, telefon pintar keluaran Google iaitu Pixel, menjadi peranti terawal menerima kemaskini OS terbaru ini.

Senarai penuh telefon pintar Google yang mula menerima kemaskini Android 11 hari ini ialah Pixel 2, Pixel 2 XL, Pixel 3, Pixel 3 XL, Pixel 3a, Pixel 3a XL, Pixel 4, Pixel 4 XL, dan Pixel 4a. Google turut menjelaskan, lebih banyak rakan pengeluar akan melepaskan kemaskini Android 11 ke peranti keluaran mereka dalam masa terdekat.



Antaranya, OnePlus telah menjanjikan Android 11 Beta untuk peranti OnePlus 8 dan 8 Pro dilepaskan hari ini. Manakala Oppo pula akan memberi kemaskini Android 11 Beta untuk Oppo X2, Reno 3 serta di Realme X50 Pro. Xiaomi juga akan mengemaskini telefon pintar Mi 10 dan Mi 10 Pro dengan Android 11 Beta tidak lama lagi.

Android 11 tampil dengan kemaskini yang dibahagikan kepada 3 kategori: Komunikasi, Kawalan dan Keselamatan.



Komunikasi

Memandangkan komunikasi adalah perkara paling banyak digunakan, perbualan di pelbagai aplikasi akan ditempatkan di dalam satu ruang notifikasi khas. Pengguna boleh menguruskan semua perbualan dari satu tempat dengan mudah. Pengguna juga boleh menetapkan kepentingan perbualan dari orang tertentu agar tidak terlepas mesej penting yang dibincangkan.

Android 11 juga memperkenalkan bubble atau belon perbualan. Dengan ini, pengguna tidak perlu membuka aplikasi tersebut untuk membalas perbualan.

Google juga menambah fungsi merakam skrin di dalam Android 11, tidak lagi perlu aplikasi lain. Semua perkara yang dilakukan di atas skrin, boleh dirakam bersama bunyi sama ada dari mikrofon, dari dalam peranti atau kedua-duanya.

Kawalan

Kini semua perkakas pintar boleh dilihat dari satu tempat, dengan menekan lama butang kuasa. Lampu pintar, cerek pintar, kunci pintar, semuanya boleh dilihat dari satu tempat ini.

Kawalan media turut diubahsuai. Pengguna kini boleh memilih untuk memainkan media ke peranti berlainan dengan mudah. Mainkan lagu dari pembesar suara, fon kepala atau dari telefon terus dengan pilihan mudah dari menu.

Di kenderaan pula, Android Auto kini boleh dihubungkan secara wayarles melalui Android 11. Sambungan lebih pantas boleh dibuat sambil terus fokus kepada pemanduan. Malah, kawal arahan melalui suara menggunakan Google Assistant untuk navigasi atau mencari lokasi, mahupun bertanyakan ramalan cuaca.

Keselamatan

Antara pembaharuan keselamatan di Android 11 adalah kebenaran di aplikasi. Android 11 kini membenarkan satu kali kebenaran untuk penggunaan sementara di aplikasi untuk perkara sensitif seperti mikrofon, kamera dan lokasi.

Malah, aplikasi yang sudah lama tidak digunakan, kebenarannya akan dimatikan secara automatik dan pengguna akan diberitahu. Pengguna boleh memberi semula kebenaran kepada aplikasi tersebut bila-bila masa.

Google juga akan menyalurkan lebih banyak kemaskini keselamatan menerusi Google Play. Jadi pengguna boleh menerima dengan lebih pantas dan mudah, tidak perlu menunggu pengeluar peranti melepaskan kemaskini OS untuk peranti tersebut.

Jika anda mahu lebih banyak tentang sistem operasi baru ini, layari laman web Android 11.

Sumber: 9to5google

Tags: androidandroid 11Google
Najib

Najib

POPULAR

Android 11 rasmi hari ini, meluncur keluar ke lebih banyak telefon pintar

Android 11 rasmi hari ini, meluncur keluar ke lebih banyak telefon pintar

9 September 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN