• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

‘Membawang’ di media sosial boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:55 pm
  • 21/12/2020
  • Komen
‘Membawang’ di media sosial boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun
Share on FacebookShare on Twitter

‘Membawang’, satu istilah yang kian popular dalam kalangan masyarakat. Perkataan ini selalunya berkaitan dengan perbualan individu yang mengisahkan khabar yang buruk atau umpatan tentang orang lain di belakang individu tersebut. Lebih jelas, ia ialah aktiviti mengumpat.

Jika anda terasa hati melalui perbualan umum individu di media sosial mengenai diri anda, anda boleh mengambil tindakan undang-undang. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) boleh mengklasifikasikannya sebagai jenayah buli siber tanpa mengira ia berlaku di Twitter, Facebook, Instagram atau mana-mana laman sosial.



Dari Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 3772 aduan diterima oleh SKMM berkaitan jenayah buli siber. Dalam masa yang sama, 180 kes disiasat berhubung penyalahgunaan media sosial di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hukuman

Di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (AKM) 1998, penyebaran kandungan lucah, palsu, mengancam, jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



Suspek boleh disabitkan kesalahan meskipun tidak menyatakan nama mangsa dalam kenyataannya di media sosial. Hakim di mahkamah boleh mengambil bukti daripada ramai pihak bagi memastikan tentang kenyataan tersebut sama ada ia ditujukan kepada mangsa atau tidak.

Baru-baru ini, tular mengenai kisah seorang remaja yang dikenali sebagai Wani Comel di buli di laman sosial. Dia yang mempunyai masalah obesiti menerima banyak kata-kata kesat di laman sesawang sehingga ada yang mendoakan dirinya mati.

Ramai individu membulinya dan ada juga yang menyokong perbualan jahat itu antara satu sama lain.

Sumber: SuaraMerdeka

Dia akhirnya menggunakan undang-undang yang sedia ada dengan membuat laporan polis kemudian melaporkannya ke SKMM.

https://www.instagram.com/p/CI_CbPOlf3q/

Sekiranya anda merupakan mangsa ahli “bawang”, adalah lebih baik jika anda membuat laporan polis sebelum perkara tersebut berlarutan.

[Sumber: Utusan]

Tags: buli siberSKMM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
‘Membawang’ di media sosial boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun

‘Membawang’ di media sosial boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun

21 December 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN