• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mudah saja nak mohon i-Sinar, ini tutorial halaman demi halaman

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:06 pm
  • 21/12/2020
  • Komen
Mudah saja nak mohon i-Sinar, ini tutorial halaman demi halaman
Share on FacebookShare on Twitter

Program i-Sinar anjuran KWSP sudahpun bermula permohonannya pada 21 Disember 2020. Perlu diingatkan yang ini adalah permohonan untuk Kategori 1 manakala Kategori 2 bermula 11 Januari 2021 ini.

Jika anda terlepas berita, ia adalah kemudahan yang diumumkan kerajaan sewaktu Belanjawan 2021 tempoh hari bagi mengeluarkan dana daripada Akaun 1 pencarum KWSP sekiranya anda penuhi syarat-syarat tertentu.



KWSP i-Sinar: Semua maklumat yang anda perlu tahu

Sekiranya anda masih belum memohon, berikut adalah tutorial halaman-demi-halaman untuk permohonan i-Sinar KWSP.

Untuk mohon i-Sinar, anda boleh pergi ke laman rasmi di https://isinar.kwsp.gov.my/



Tiada pendaftaran diperlukan, jika nombor telefon anda sudah berdaftar dalam i-Akaun, guna sajanya untuk terima OTP dan gunakan nombor IC untuk log masuk.

Kod OTP akan dihantar terus ke telefon dengan pantas.

Selepas masukkan OTP, KWSP akan bawa anda ke halaman untuk sahkan maklumat pemohon.

Kemudian, anda akan dibawa ke halaman untuk pilih amaun yang ingin dikeluarkan. Bergantung kepada jumlah Akaun 1, anda boleh keluarkan sehingga RM10,000 ataupun 10% daripadanya baki akaun kurang daripada RM10,000.

Amaun minimum boleh dikeluarkan adalah RM50

Kemudian, anda juga boleh pilih jadual bayaran. Sekurang-kurangnya RM50 ataupaun RM5000 untuk bayaran bulan pertama. Kemudian bakinya akan disebarkan secara sama rata antara bulan ke-2 hingga bulan ke-6.

Kalau RM10,000 dimohon, pembayaran bulan pertama adalah sekurang-kurangnya RM1,000
Kalau RM10,000 dimohon, pembayaran bulan pertama adalah maksimum RM5,000

Setelah berpuas hati dengan amaun permohonan, anda sekali lagi dibawa ke halaman pengesahan.

Bila tekan Hantar, anda tiba di halaman untuk beritahu permohonan anda berjaya dihantar ke KWSP dan status permoohonan boleh disemak mulai 4 Januari 2021.

Tags: i-sinarkwsp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mudah saja nak mohon i-Sinar, ini tutorial halaman demi halaman

Mudah saja nak mohon i-Sinar, ini tutorial halaman demi halaman

21 December 2020
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN