Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

KWSP i-Sinar: Semua maklumat yang anda perlu tahu

Dijanjikan maklumat pada awal minggu, tapi kita berolehnya pada tengah minggu. Walau apapun, KWSP sudahpun menerbitkan perincian tentang inisiatif i-Sinar yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 tempoh hari.

2 kategori pencarum yang layak memohon i-Sinar

KWSP membahagikan 8 juta pencarum yang layak memohon i-Sinar ke dalam dua kategori.

Kategori 1

Kategori 1 ialah mereka yang:

  • Bekerja dalam sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja dalam sektor ekonomi gig
  • Sudah lama tidak mencarum
  • Hilang pekerjaan
  • Suri rumah
  • Pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji

Syarat tambahan yang memasukkan mereka dalam kategori 1 adalah:

  • Tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa memohon; ATAU
  • Gaji pokok telah dikurangkan sebanyak sekurang-kurangnya 30% selepas 1 Mac 2020.

Sekiranya anda tergolong dalam kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan. Malahan, kelulusan akan dilakukan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

i-Sinar untuk kategori 1 boleh mula dimohon pada 21 Disember tahun 2020 di portal isinar.kwsp.gov.my

Kategori 2

Kategori dua ialah golongan yang pendapatannya berkurangan sebanyak 30% atau lebih. Pengurangan pendapatan merangkumi pengurangan gaji, elaun, dan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020.

Untuk permohonan kategori ini, dokumen tambahan diperlukan iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa

Sekiranya dokumen-dokumen seperti di atas tidak boleh disediakan, dokumen sokongan lain seperti penyata bank, dan surat pengesahan majikan akan turut diberi pertimbangan oleh pihak KWSP.

Pemohon yang berada dalam Kategori 2 boleh mula memohon bermula 11 Januari 2021 melalui portal isinar.kwsp.gov.my.

Berapa banyak boleh keluar?

Jumlah yang layak dikeluarkan ada perubahan berbanding yang kami laporkan sebelum ini. Hal ini kerana, pada 27 November 2020 lalu, kerajaan ada mengumumkan penambahbaikkan pada i-Sinar bagi membolehkan lebih ramai mengakses duit dalam Akaun 1 masing-masing.

BACA  Spotify jadi lubuk lagu haram dek kerentanan pada polisinya

Amaun yang layak dikeluarkan adalah bergantung kepada baki Akaun 1 dan ia terbahagi kepada 2 iaitu:

  • Kes 1: Pencarum yang ada RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1
  • Kes 2: Pencarum yang ada lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1

Untuk Kes 1, pencarum boleh keluarkan sehinga RM10,000 daripada jumlah Akaun 1 (tertakluk pada baki akaun) tetapi perlu tinggalkan sekurang-kurangnya RM100. Pembayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000. Manakala bulan kedua hingga keenam, dibayar sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan dalam tempoh baki 5 bulan.

Contohnya, baki akaun 1 ada RM100,000, jadi had maksima pengeluaran adalah RM10,000. Bayaran selama 6-bulan boleh dibuat seperti berikut:

  • Bulan 1 – RM5,000
  • Bulan 2 – RM1,000
  • Bulan 3 – RM1,000
  • Bulan 4 – RM1,000
  • Bulan 5 – RM1,000
  • Bulan 6 – RM1,000

Untuk Kes 2, pencarum boleh keluarkan sebanyak 10% dengan had maksimum RM60,000 dan pembayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000. Manakala bulan kedua hingga keenam, dibayar sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan dalam tempoh baki 5 bulan.

Contohnya, baki akaun 1 ada RM200,000, jadi had maksima pengeluaran adalah RM20,000. Bayaran selama 6-bulan boleh dibuat seperti berikut:

  • Bulan 1 – RM10,000
  • Bulan 2 – RM2,000
  • Bulan 3 – RM2,000
  • Bulan 4 – RM2,000
  • Bulan 5 – RM2,000
  • Bulan 6 – RM2,000

Daftar i-Akaun KWSP

Semua permohonan i-Sinar hanya boleh dibuat secara dalam talian, menerusi portal isinar.kwsp.gov.my sahaja.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli KWSP digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

Selepas selesai mendaftar i-Akaun KWSP, pengguna boleh sentiasa menyemak maklumat KWSP melalui aplikasi i-Akaun yang boleh dimuat turun di:

BACA  Ini projek "bandar gila" Arab Saudi yang perlu anda tahu

[Sumber: KWSP]