• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung akan lancar cip Exynos baru untuk saingi Snapdragon 888

  • OLEH Najib
  • 5:42 pm
  • 21/12/2020
  • Komen
Samsung akan lancar cip Exynos baru untuk saingi Snapdragon 888
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun khabar angin tentang pelancaran Galaxy S21 telah lama diperkatakan akan diadakan pada bulan Januari, Samsung masih belum memberi sebarang petanda mengenai majlis tersebut. Tetapi Samsung baru-baru ini telah memberi petunjuk akan memperkenal cip pemproses terbaru mereka, pada 12 Januari 2021.

Menurut video dikongsikan dengan tajuk “Exynos is back” itu, ia hanya menunjukkan sebuah cip empat segi berputar dan tarikh majlis pelancaran, iaitu 12 Januari 2021. Melihatkan pelancaran khusus untuk cip ini, pastinya Samsung mahu menunjukkan perubahan besar pada produk terbaru mereka.



Cip sebelum ini, Exynos 990 yang digunakan di siri Galaxy S20 dan Galaxy Note 20 menerima kritikan yang teruk, kerana prestasinya yang jauh ketinggalan berbanding cip Qualcomm Snapdragon 865. Apatah lagi, hanya beberapa pasaran seperti China, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan sahaja menerima peranti yang dikuasakan Snapdragon 865. Lain-lain negara termasuk Malaysia, menjual peranti flagship Samsung dilengkapi cip Exynos 990.

Untuk tahun hadapan, cip terbaru Samsung iaitu Exynos 2100 dijangka memiliki prestasi yang setara atau lebih baik dari cip Qualcomm yang baru dilancarkan, Snapdragon 888. Cip Exynos 2100 akan dihasilkan dari proses 5nm dan menggunakan teras ARM Cortex-X1 berkuasa tinggi.



This is the Snapdragon 888 benchmark test score officially released by Qualcomm. In fact, its Geekbench can exceed 3800. We can expect Exynos2100 to exceed 4000 results. pic.twitter.com/cEfH9advhq

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) December 18, 2020

Menurut Ice Universe, pembocor berita terkemuka, cip Exynos dijangka mencapai markah melebihi 4,000 di ujian pelbagai teras Geekbench. Untuk Snadpragon 888, Qualcomm menyatakan cip terbaru mereka menerima 1,139 mata untuk ujian teras tunggal dan 3,810 mata untuk teras pelbagai. Untuk Apple pula, cip A14 Bionic mereka menerima lebih 1,600 mata di ujian teras tunggal dan 4,187 mata di ujian pelbagai teras.

Samsung juga baru berkongsi sebuah video pendek yang diinspirasikan dari animasi ‘Up’. Ia membawakan mesej dari Samsung kepada peminat, menyatakan bahawa mereka telah memperbaiki usaha dalam menghasilkan pemproses serba baharu untuk memenuhi permintaan peminat.

Siri Galaxy S21 dijangka akan dilancarkan seawal 14 Januari 2021, berdasarkan maklumat terbocor yang telah banyak dikongsikan. Seperti biasa, tempahan awal di Malaysia akan bermula tidak lama selepas pelancarannya dan hanya model dikuasakan Exynos dijangka akan dijual di Malaysia.

Untuk rujukan, Samsung telah melancarkan Galaxy S20 tanpa 5G bermula dari RM3,599, sehinggalah RM4,999 untuk Galaxy S20 Ultra 5G. Kemudian, Samsung melancarkan Galaxy S20 FE dilengkapi 5G, pada harga RM3,399 sahaja. Adakah Samsung Malaysia akan mengekalkan tanda harga yang sama untuk Galaxy S21 kelak?

Bacaan Berkaitan

Dengan lebih banyak kuasa menjadikan Galaxy S20 lebih mahal harga di Malaysia
Tags: samsungSamsung Exynos
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Samsung akan lancar cip Exynos baru untuk saingi Snapdragon 888

Samsung akan lancar cip Exynos baru untuk saingi Snapdragon 888

21 December 2020
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER