• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dengan lebih banyak kuasa menjadikan Galaxy S20 lebih mahal harga di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:21 am
  • 12/02/2020
  • Komen
Dengan lebih banyak kuasa menjadikan Galaxy S20 lebih mahal harga di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung awal pagi ini telah melancarkan keluarga Galaxy S20 serba baru di Amerika Syarikat. Tidak lama kemudian, pengumuman ini disusuli oleh Samsung Malaysia dengan membuka tempahan awal bersama tanda harga untuk jualan di Malaysia.

Dengan banyaknya kemaskini pada Galaxy S20, menjadikan harga pelancarannya di Malaysia jauh lebih tinggi dari keluarga Galaxy S10 yang dilancarkan tahun lepas. Harga jualan rasmi untuk keluarga Galaxy S20 di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Galaxy S20 (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,599
  • Galaxy S20+ (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,999
  • Galaxy S20 Ultra (RAM 12GB + Storan 128GB, 5G) – RM4,999

Semua model Galaxy S20 akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula 6 Mac 2020. Galaxy S20 disediakan dalam warna kelabu, biru dan merah jambu manakala Galaxy S20+ boleh didapati dalam warna hitam, kelabu dan biru. Galaxy S20 Ultra pula datang dalam dua warna sahaja, hitam dan kelabu.

Bersama pengumuman harga ini, Samsung turut membuka tempahan awal untuk jualan Galaxy S20 di Malaysia. Tempahan awal dibuka dari 12 hingga 26 Februari 2020 dan memberikan hadiah percuma berupa fon kepala Galaxy Buds+ yang baru, tetapi untuk pembeli Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra sahaja. Tidak pula diberitahu apa hadiah percuma diberikan untuk tempahan awal Galaxy S20.



Keluarga Galaxy S20 dilancarkan awal pagi ini di San Francisco dengan membuang siri “e”, sebaliknya menjadikan Galaxy S20 sebagai model asas. Keluarga ini dikembangkan dengan tambahan kamera di Galaxy S20+, manakala Galaxy S20 Ultra dibekalkan kamera dengan kuasa zum angkasa 100x.

Selain kamera, lain-lain perkara adalah sama dalam semua keluarga Galaxy S20, kecuali pada saiz skrin dan baterinya. Skrin Dynamic AMOLED 120Hz dengan resolusi QuadHD+ dipasang pada semua Galaxy S20, dengan saiz ukuran 6.2-inci di Galaxy S20, 6.7-inci di Galaxy S20+ dan 6.9-inci untuk Galaxy S20 Ultra. Bateri pula berkapasiti 4,000mAh di Galaxy S20, 4,500mAh di Galaxy S20+ dan 5,000mAh di Galaxy S20 Ultra.

Kenali keluarga Galaxy S20 dengan lebih lanjut dalam artikel kami di bawah ini.

Naik Taraf Saujana Untuk Keluarga Samsung Galaxy S20 Diumumkan
Tags: samsungSamsung Galaxy S20
Najib

Najib

POPULAR

Dengan lebih banyak kuasa menjadikan Galaxy S20 lebih mahal harga di Malaysia

Dengan lebih banyak kuasa menjadikan Galaxy S20 lebih mahal harga di Malaysia

12 February 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER