• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:49 pm
  • 21/12/2020
  • Komen
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi WhatsApp ada menawarkan ciri panggilan suara dan video kepada pengguna namun ia hanya boleh digunakan melalui telefon pintar sahaja. Pengguna yang menggunakan Whatsapp di komputer perlu kembali kepada peranti telefon pintar untuk menggunakan ciri ini.

Walaupun begitu, ada khabar gembira buat pengguna aplikasi WhatsApp. Baru-baru ini, satu portal mendedahkan ciri panggilan audio dan video sudah boleh digunakan di komputer oleh sebahagian pengguna aplikasi WhatsApp versi beta. Ia boleh diakses menggunakan komputer Window dan Mac.



Panggilan audio dan video di komputer

Pilihan untuk melakukan panggilan audio dan video di komputer terletak di sebelah imej carian bahagian kanan, atas. Sebelum ini, hanya ada imej carian sahaja. Namun dengan penambahbaikan yang diberikan, akan ada imej video dan telefon di sebelah imej carian tersebut.

Apabila pengguna menerima panggilan video atau audio di WhatsApp Web komputer, satu tetingkap kecil akan muncul untuk memberi pengguna pilih sama ada ingin menerima atau menolak panggilan masuk tersebut.



Panggilan yang sedang berlaku juga akan ditunjukkan di tetingkap kecil yang sama. Kelihatan juga di situ ada pilihan tambahan seperti senyapkan panggilan (mute).

Ciri ini akan hadir kepada pengguna aplikasi WhatsApp beta secara rawak. Sekiranya anda mempunyai WhatsApp beta, pastikan anda kemaskini aplikasi tersebut untuk merasai pengalaman menggunakan ciri baharu ini.

Meskipun WhatsApp belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran ciri tersebut, tidak dinafikan ciri itu dapat memberikan banyak manfaat kepada pengguna WhatsApp di komputer.

[Sumber: 9TO5Google, Wabetainfo]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

21 December 2020
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER