• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus pertonton telefon konsep yang boleh berubah warna belakang dan dilengkapi radar

  • OLEH Najib
  • 11:36 am
  • 22/12/2020
  • Komen
OnePlus pertonton telefon konsep yang boleh berubah warna belakang dan dilengkapi radar
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus baru-baru ini telah berkongsi sebuah lagi telefon konsep dari mereka, direka berasaskan OnePlus 8T. Telefon konsep ini memiliki rekaan belakang yang boleh bertukar warna, serta radar modul pengesan pergerakan.

Rekaan bertukar warna mungkin bukan sesuatu yang baru. Dalam telefon konsep ini, OnePlus menggunakan filem yang mengandungi besi oksida yang terletak di bawah kaca belakang. Bahan ini boleh bertukar warna apabila arus elektrik yang berbeza dikenakan padanya.



Antara perkara yang boleh digunakan konsep ini adalah pemberitahuan panggilan masuk dan notifikasi mesej baru, sama seperti notis LED di hadapan. Malah, di zaman kegemilangan Nokia 3310 awal tahun 2000 dahulu, pelekat LED dengan konsep begini banyak digunakan, semudah menampalnya di belakang telefon dan ia berkelip apabila ada panggilan masuk.

Selain berubah warna belakang, satu lagi perkara baru yang diterapkan pada telefon ini ialah modul radar di belakang. Modul radar gelombang milimeter ini dipasang ke dalam ruangan kamera belakang dan ia mengesan gelombang elektromagnetik yang melantun dari sekeliling, supaya telefon boleh mengesan dan merasai objek di sekitar. Tambah OnePlus, teknologi mmWave ini menggunakan konsep yang sama seperti di 5G, tetapi modul radarnya terpisah dari modul komunikasi mmWave di telefon.



https://youtu.be/08i79_vr6i4

Dengan radar mmWave ini, telefon akan boleh mengesan gerakan tangan, malah ia juga boleh mengesan pernafasan. Apabila digabung bersama rekaan belakang yang boleh bertukar warna, ini boleh menjadikannya sesuatu yang menarik untuk digunakan dalam pelbagai cara.

Contohnya, apabila panggilan masuk dan belakang badan berubah warna, pengguna boleh membatalkan panggilan dengan menggerakkan tangan tanpa memegang telefon. Untuk pernafasan pula, perubahan warna belakang telefon boleh menunjukkan tahap pernafasan pengguna dikesan. Ini boleh menjadikannya peranti mengesan biologi.

Memang fungsi di telefon ini sangat berbeza dari biasa, tetapi ia tidak pasti lagi akan dipasang pada produk yang dijual kelak. Ini boleh dilihat dalam telefon konsep OnePlus sebelum ini.

Pada awal tahun ini, OnePlus berkongsi telefon konsep dengan kerjasama McLaren, di mana kaca belakang yang menutupi kamera belakang boleh menjadi gelap dan menghilangkan lensa kamera. Ia menggunakan teknologi kaca electrochromic, yang sama terdapat di cermin bumbung kereta McLaren 720s dan tingkap kapal terbang Boeing 787 Dreamliner. Ini tidak membawakan fungsi khas, cuma menjadikannya kelihatan lebih menarik. Tetapi ia masih belum ada di mana-mana telefon pintar.

Sekali-sekala pengeluar menunjukkan telefon konsep sebegini memang menarik. Boleh menunjukkan sisi lain teknologi yang jarang difikir oleh orang biasa, walaupun penggunaannya tidaklah begitu penting.

[Sumber: The Verge, OnePlus]

Bacaan Berkaitan

Telefon konsep OnePlus ini meniru cermin kereta Mclaren
OnePlus 8T disuntik skrin ultra 120Hz dan pengecas ultra 65W
OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 bawa rekaan futuristik bersama RAM 12GB
Tags: OnePlus
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
OnePlus pertonton telefon konsep yang boleh berubah warna belakang dan dilengkapi radar

OnePlus pertonton telefon konsep yang boleh berubah warna belakang dan dilengkapi radar

22 December 2020
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER