• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon konsep OnePlus ini meniru cermin kereta Mclaren

  • OLEH Najib
  • 3:22 pm
  • 09/01/2020
  • Komen
Telefon konsep OnePlus ini meniru cermin kereta Mclaren
Share on FacebookShare on Twitter

Di pameran CES 2020 yang diadakan di Amerika Syarikat sekarang, OnePlus tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan sebuah konsep di telefon pintar, iaitu kamera yang boleh disembunyikan. Teknologi ini diambil dari rekaan cermin kereta McLaren yang boleh berubah dari jernih kepada gelap.

OnePlus menamakan telefon pintar ini sebagai OnePlus Concept One. Rupa luarannya sangat menarik perhatian kerana ia disaluti kulit berwarna oren betik, yang menjadi warna tanda buat McLaren. McLaren merupakan rakan dagang OnePlus di mana mereka telah bekerjasama menghasilkan beberapa telefon pintar edisi khas McLaren sebelum ini.



Teknologi yang cuba dipamerkan oleh OnePlus pada telefon konsep ini ialah kebolehan menghilangkan kamera belakang. Ia sebenarnya bukanlah kamera itu hilang, sebaliknya kacanya digelapkan agar kamera belakang tidak lagi kelihatan. Ia menggunakan teknologi kaca electrochromic, yang sama terdapat di cermin bumbung kereta McLaren 720s dan tingkap kapal terbang Boeing 787 Dreamliner.

Cara ini sebenarnya bukanlah memberikan sesuatu yang baru kepada telefon pintar, sebaliknya menjadikan rupanya lebih menarik dan bergaya. Tetapi The Verge menemui satu fungsi baru untuk kaca ini, iaitu penapis ND atau ND Filter. Ia boleh didapati dengan pergi ke mod Pro di dalam aplikasi kamera dan mengaktifkan tetapan ND8. Ini membolehkan tangkapan gambar yang lebih baik dalam suasana sekitar dengan cahaya terlampau cerah, sesuatu yang pastinya memberi lebih pilihan kepada jurugambar.



  • kejap ada
  • kejap tak ada

Buat masa ini, telefon ini masih di peringkat konsep jadi tiada maklumat bila atau bagaimana ia akan digunakan pada telefon pintar. Tetapi ia adalah satu konsep yang sangat menarik yang pastinya, tidak terhad kepada kaca untuk kamera sahaja.

Apakah terdapat kegunaan lain kaca electrochromic yang lebih sesuai di telefon pintar? Adakah anda berminat dengan penggunaan yang diperlihatkan oleh OnePlus ini?

Sumber: The Verge, Wired

Tags: OnePlusOnePlus Concept One
Najib

Najib

POPULAR

Telefon konsep OnePlus ini meniru cermin kereta Mclaren

Telefon konsep OnePlus ini meniru cermin kereta Mclaren

9 January 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN