• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 8T disuntik skrin ultra 120Hz dan pengecas ultra 65W

  • OLEH Najib
  • 11:44 pm
  • 14/10/2020
  • Komen
OnePlus 8T disuntik skrin ultra 120Hz dan pengecas ultra 65W
Share on FacebookShare on Twitter

Tradisi OnePlus membaiki model flagship dengan melancarkan siri ‘T’ diteruskan tahun ini dengan pelancaran OnePlus 8T hari ini. Ia membawakan sedikit naik taraf dari OnePlus 8 yang dilancarkan awal tahun ini, antaranya skrin ultra dan pengecas ultra.

Kuasa OnePlus 8T digerakkan oleh pemproses terbaik masakini, Snapdragon 865 serta sedia 5G. RAM masih kekal dengan jenis LPDDR4X sehingga 12GB, serta storan dalaman UFS3.1 sehingga 256GB.



Saiz skrin juga sama, berukuran 6.55-inci dari jenis Fluid AMOLED, tetapi dipertingkat dengan kadar penyegaran 120hz. Ini merupakan salah satu “Ultra” yang ditekankan OnePlus untuk peranti baru ini.

Bateri di dalam OnePlus 8T berkapasiti 4,500mAh, menggunakan gabungan dua bateri 2,250mAh. Ini membolehkan ia menyokong pengecasan pantas Warp Charge 65W, paling pantas di peranti OnePlus buat masa ini.



OnePlus turut menyertakan kepala pengecas Warp Charge 65W di dalam kotak, yang menyokong pengecasan USB-PD 45W. Jadi ia boleh digunakan untuk mengecas pantas peranti lain seperti laptop, tablet, konsol permainan dan lain-lain.

Kamera OnePlus 8T tidak banyak berubah dari OnePlus 8, walaupun kini dengan 4 kamera belakang. Ia masih menggunakan kamera utama 48MP F1.75 dengan sensor Sony IM586, dilengkapi penstabil imej optikal dan elektronik (OIS+EIS). Kamera ultra lebar juga sama, 16MP F2.2 bersama kamera makro 5MP. Kamera tambahan di OnePlus 8T ialah kamera monokrom 2MP. Untuk kamera hadapan, ia kekal dengan kamera 16MP di dalam lubang di sudut atas skrin.

OnePlus 8T juga adalah telefon pintar OnePlus pertama yang siap datang dengan sistem operasi OxygenOS 11, berasaskan Android 11. Selain itu, ia turut memiliki speaker stereo Dolby Atmos, tetapi tiada jek audio 3.5mm, tidak kalis air dan tidak menyokong pengecasan wayarles.

Ada dua warna disediakan untuk OnePlus 8T, iaitu hijau dan kelabu. Telefon ini akan mula dijual di Eropah pada 20 Oktober dan di Amerika Syarikat pada 23 Oktober. Harga jualannya di Eropah adalah seperti berikut:

  • OnePlus 8T (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 599 (~RM2,923)
  • OnePlus 8T (RAM 12GB + Storan 2568GB) – EUR 699 (~RM3,411)

Tarikh jualan OnePlus 8T di Malaysia masih belum diketahui, tetapi dijangka ia akan tiba tidak lama lagi. Kebelakangan ini, OnePlus sering bertindak pantas menjual telefon pintar barunya di Malaysia.

Kita nantikan pengumuman dari OnePlus Malaysia tidak lama lagi. Sementara itu, boleh dapatkan maklumat lanjut tentang peranti baru ini dalam laman produk OnePlus 8T.

Tags: OnePlusOnePlus 8T
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 8T disuntik skrin ultra 120Hz dan pengecas ultra 65W

OnePlus 8T disuntik skrin ultra 120Hz dan pengecas ultra 65W

14 October 2020
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN