Bayar bil Unifi di Shopee dan dapat rebat 10%, tapi tawaran ini indah khabar daripada rupa

Bila anda tengok iklan seperti gambar pemuka artikel ini, tentu anda teruja untuk menyertai promosi tersebut. Unifi, sehingga 30 Disember 2020 ini berikan rebat sebanyak 10% sekiranya anda bayar bil servis mereka menggunakan APP Shopee di telefon pintar.

Walau bagaimanapun, setiap promosi yang terlebih lumayan ini sudah tentu ada “pengeras”-nya. Untuk mengorek rahsia promo ini, anda boleh pergi ke bahagian FAQv dan TNC.

Syarat tambahan pertama
Setiap hari, ada 200 baucar rebat 10% akan diberikan pada yang terawal

Syarat tambahan kedua
Memang rebat yang diberikan adalah 10% tapi had maksimum rebat adalah RM10. Andainya bil anda RM150, bil akhir anda akan jadi RM140

Promo sebegini memang memancing klik, tapi hasilnya ramai juga yang akan kecewa kerana tidak diberitahu terlebih awal. Dalam iklan sendiri tiada tanda (*) untuk beritahu tentang adanya syarat-syarat tertentu.

Walau apapun, kalau anda nak memburu salah satu daripada 200 baucar sehari, anda boleh periksa APP Shopee anda.

Cari pilihan Deals, Top-ups & Bills
Masukkan nombor bil dan amaun yang ingin dibayar
Tekan bahagian Voucher untuk cari baucar yang ada