• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ada yang belum tahu, iPhone ada kalkulator saintifik terbina di dalam sejak 12 tahun lepas

  • OLEH Najib
  • 2:40 pm
  • 24/12/2020
  • Komen
Ada yang belum tahu, iPhone ada kalkulator saintifik terbina di dalam sejak 12 tahun lepas
Share on FacebookShare on Twitter

Kalkulator adalah salah satu aplikasi wajib ada di dalam telefon pintar masakini, tidak kiralah di Android mahupun di iPhone. Tetapi aplikasi kalkulator yang telah sedia ada ini bukan sahaja menyediakan kalkulator asas, malah dilengkapi fungsi kalkulator saintifik.

Jika anda tahu cara membuka kuncinya.



Kepada yang tidak tahu cara mengaktifkan kalkulator saintifik, ia sebenarnya sangat mudah. Langkah pertama, buka aplikasi Calculator. Ia berada di dalam folder Utilities.

Langkah kedua, melintangkan iPhone dan antaramukanya juga berubah memanjang. Kini dengan lebih banyak butang, menjadikannya kalkulator saintifik. Senang sahaja kan.



Dengan adanya kalkulator saintifik, anda boleh membuat pengiraan yang lebih kompleks seperti sin, cos dan tan, pi, log, kuasa dan banyak lagi.

Atas: iPhone 12. Bawah: Galaxy S20 FE

Fungsi kalkulator saintifik ini sebenarnya ada dalam semua telefon pintar termasuk Android, malah cara yang sama juga, dengan menjadikan telefon melintang. Di iPhone, ia sebenarnya telah diperkenalkan sejak iOS 2.0 pada tahun 2008. 12 tahun yang lalu.

Mungkin ada yang tidak tahu tentang perkara ini kerana sering mengunci putaran skrin. Seperti sekumpulan penulis di The Verge. Mereka seperti menemui satu perkara yang luar biasa di iPhone, dengan mengaktifkan putaran skrin.

Kini anda dah tahu, adakah kalkulator saintifik ini akan mengubah kehidupan anda?

Tags: appleApple iOSapple iphoneiOS
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Ada yang belum tahu, iPhone ada kalkulator saintifik terbina di dalam sejak 12 tahun lepas

Ada yang belum tahu, iPhone ada kalkulator saintifik terbina di dalam sejak 12 tahun lepas

24 December 2020
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN