Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

WhatsApp hanya menyokong iOS dan Android versi tertentu pada 2021

KEMASKINI : Perkara ini sudah dikuatkuasa oleh Whatsapp sejak 1 Februari 2020

Pada setiap hujung tahun, WhatsApp akan menamatkan sokongan untuk telefon pintar iOS dan Android yang lama. Tahun lalu, telefon pintar iOS 8 dan telefon Android versi 2.3.7 atau lebih lama tidak lagi dapat menyokong aplikasi WhatsApp.

WhatsApp akan berhenti berfungsi di sistem lama

Menjelang 2021, aplikasi WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar yang tidak menggunakan sekurang-kurangnya sistem versi iOS 9, Android 4.0.3 dan juga KaiOS 2.5.1. Bagi sistem operasi KaiOS, ianya termasuk kepada pengguna peranti JioPhone dan JioPhone 2.

Untuk iPhone, semua model iPhone hingga iPhone 4 akan kehilangan sokongan untuk WhatsApp. Ini bermakna mereka yang menggunakan iPhone 4S, iPhone 5, iPhone 5S, iPhone 6, dan iPhone 6S perlu mengemas kini sistem operasi mereka ke iOS 9 atau lebih baharu untuk terus menggunakan WhatsApp.

Untuk Android, WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar yang berjalan pada versi Android sebelum 4.0.3. Meskipun tidak banyak peranti android yang mempunyai versi itu, tetapi perlu anda ketahui antara model telefon yang tidak lagi dapat menyokong WhatsApp ialah HTC Desire, LG Optimus Black, Motorola Droid Razr, dan Samsung Galaxy S2.

Mungkin ada telefon pintar Android lain yang dapat berjalan pada versi Android yang lebih lama, namun ia akan kehilangan sokongan untuk WhatsApp ketika 2020 hampir dipenghujungnya.

Oleh itu, untuk menggunakan semua ciri yang ada pada WhatsApp, pengguna perlu memastikan bahawa peranti sudah dikemaskini kepada sistem operasi yang terbaharu. Anda juga boleh menyemak peranti anda untuk mengetahui versi yang anda miliki.

Semak sistem operasi telefon pintar

Pengguna Android boleh menyemak sistem operasi seperti berikut:

  1. Buka tetapan (setting)
  2. Pilih tentang telefon (about phone)
BACA  Sekurang-kurangnya 3 daripada 10 tablet yang diedarkan tahun 2020 adalah iPad

Pengguna iPhone pula boleh menggunakan cara ini:

  1. Buka tetapan (Setting)
  2. Pilih umum (General)
  3. Pilih maklumat (Information)

[Sumber: News18]