• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Food beri peluang peniaga jana pendapatan, dengan liputan penghantaran hingga 60km

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:44 pm
  • 29/12/2020
  • Komen
AirAsia Food beri peluang peniaga jana pendapatan, dengan liputan penghantaran hingga 60km
Share on FacebookShare on Twitter

Platform digital AirAsia menawarkan kemudahan kepada para peniaga untuk menyertai platform penghantaran makanan baharu iaitu AirAsia Food. Ini merupakan salah satu saluran jualan utama bagi restoran dan peniaga kecil untuk menjana pendapatan.

AirAsia Food telah dilancarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei 2020, platform ini merupakan saingan kepada aplikasi tempahan makanan Foodpanda dan Grabfood.



Kelebihan menyertai AirAsia Food

Airasia food mengenakan harga tetap yang setara kepada para peniaga dengan kadar komisen 10%. Para peniaga boleh mula mendaftar dengan harga tetap dan beralih kepada komisen 10% kemudian. Tiada caj tersembunyi dikenakan oleh mereka.

Di platform ini juga, peniaga akan mendapat lebih keuntungan dan boleh menguruskan sepenuhnya menu serta harga makanan sendiri. Selain itu, peniaga juga dapat berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan mereka melalui platorm ini.



Bukan itu sahaja, Airasia Food menawarkan liputan penghantaran hingga 60 kilometer berbanding platform perkhidmatan pesanan makanan lain yang hanya menawarkan liputan penghantaran sehingga 15 atau 20km sahaja.

Keistimewaan platform Airasia Food

  1. Boleh mendapat lebih ramai pelanggan kerana penghantaran makanan dilakukan sehingga jarak 60km.
  2. Platform digital AirAsia terdiri daripada lebih 60 juta pengguna, mereka boleh mengumpul dan membayar dengan mata BIG mereka.
  3. Pendaftaran segera peniaga dalam talian tanpa kontrak atau borang
  4. Kemudahan berkomunikasi terus dengan pelanggan

Cara membuat akaun perniagaan AirAsia Food

  1. Anda perlu mendaftar akaun dalam AirAsia Food terlebih dahulu, di sini.
  2. Pergi ke ruangan menu dan pilih ‘Switch Business Profile’
  1. Kemudian, anda perlu tekan ‘Apply Business Account’. Pilihan ini akan tertera di skrin anda.
  1. Isi maklumat yang mereka perlukan kemudian tekan ‘Proceed’
  1. Setelah selesai, kumpulan Airasia Food akan menghubungi anda dalam 1-2 hari bekerja. Mereka juga akan mengesahkan dan menyiapkan akaun perniagaan anda dalam tempoh tersebut.

Ini merupakan satu peluang baik kepada para peniaga untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Platform ini bukan sahaja bantu menambah keuntungan, malah lebih ramai individu akan mengenali produk anda.

Tags: AirAsia Food
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

20 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER