• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dalam draf dokumen perjanjian Brexit, Netscape Communicator masih digunakan untuk perpindahan data

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:16 pm
  • 29/12/2020
  • Komen
Dalam draf dokumen perjanjian Brexit, Netscape Communicator masih digunakan untuk perpindahan data
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai orang tahu perihal Brexit, peristiwa apabila United Kingdom berkeputusan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Tapi tentu ramai tak tahu yang dokumen perjanjian untuk Brexit mengandungi 1,246 muka surat. Sudah tentu isi kandungannya meliputi banyak aspek.

Ada seorang pembaca ini menelusuri dokumen tersebut dan temui satu perkara yang memelikkan. Menurut dokumen tersebut, pelayar web bernama Netscape Communicator 4.x perlulah digunakan untuk lakukan perpindahan maklumat DNA antara negeri peserta.



Netscape Communicator is mentioned in Brexit document … Almost feels like it is 40 years old …1K RSA and SHA-1 … one day we will build a digital world fit for the 21st Century … pic.twitter.com/1cg6uX3clw

— Prof B Buchanan OBE (@billatnapier) December 26, 2020

Anda boleh temuinya dalam muka surat 932 dalam draf dokumen tersebut.

Ada beberapa masalah sekiranya mereka yang terlibat dengan perjanjian ini perlu mengikut peraturan ini. Yang pertama adalah kali terakhir Netscape Communicator dikemas kini adalah dalam tahun 2002 (18 tahun yang lalu). Kemudian, anda tak bolehpun beroleh file pemasang rasminya kecuali muat turun daripada pihak ketiga. Itupun anda akan berdepan dengan risiko malware andainya file tersebut sudahpun disunting hacker.



Tak cukup dengan itu, algoritma penyulitan yang digunakan semasa perpindahan data langsung tak selamat untuk piawaian 2020. Semua pelayan web dah tak lagi gunakan SHA-1 sejak 2017 kerana ia boleh dirungkai oleh komputer masa ini.

Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku tidaklah diketahui. Teori yang kuat dalam kalangan netizen adalah dokumen ini mengandungi maklumat yang disalin tampal daripada perjanjian lama.

[Sumber: Hackaday, Pemuka]

Tags: brexitkeselamatannetscape communicator
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Dalam draf dokumen perjanjian Brexit, Netscape Communicator masih digunakan untuk perpindahan data

Dalam draf dokumen perjanjian Brexit, Netscape Communicator masih digunakan untuk perpindahan data

29 December 2020
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN