Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Gigabyte Vision Drive 1TB, storan SSD luaran tahan lasak tahap tentera

Gigabyte adalah satu jenama yang terkenal menghasilkan pelbagai perkakas elektronik komputer seperti papan utama dan kad grafik. Kini mereka mengumumkan ketibaan produk storan SSD luaran pertama mereka, Gigabyte Vision Drive.

Diperkenal dalam satu jenis storan 1TB buat masa ini, Gigabyte Vision boleh memenuhi keperluan pencipta kandungan yang memerlukan storan luaran yang bukan sahaja pantas dan luas, tetapi tahan lasak. Menurut Gigabyte, SSD Vision Drive ini menepati piawaian tentera MIL-STD-810G 516.6, diuji tahan jatuh dan hentakan dari setinggi 1.22 meter.

Penyebaran haba di dalam SSD ini disalurkan menerusi penyebar haba nanokarbon bersama pad haba yang tinggi konduktiviti. Perumah SSD yang diperbuat dari plastik mesra alam ini juga berlubang di bawah dan sisi, bagi mengeluarkan haba di dalam dengan lebih baik.

Storan SSD Gigabyte Drive Vision ini menggunakan antaramuka USB 3.2 Gen 2×2 Type-C, bersama PCIe Gen3 x4 untuk penghantaran data yang pantas. Menurut Gigabyte, storan Vision ini boleh membaca dan menulis dengan kelajuan sehingga 2,000MB/s.

Bagi memudahkan pengguna, Gigabyte memberi kabel USB-C ke USB-A, dan USB-C ke USB-C. Pembeli juga akan menerima bekas penyimpan yang diperbuat dari fabrik.

Untuk pengguna yang tidak memiliki sambungan terkini USB 3.2, boleh mendapatkan kit naiktaraf. Harga jualan storan SSD ini di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Gigabyte Vision SSD 1TB – RM 850
  • Gigabyte Vision SSD 1TB dengan kit naiktaraf – RM900

Dapatkan maklumat lanjut mengenai storan SSD ini di laman produk Gigabyte Vision Drive 1TB. Layari stor Gigabyte di Lazada dan Shopee untuk membeli.

BACA  SKMM akan hantar pasukan ke lokasi dalam 24 jam selepas aduan diterima