• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kereta anda simpan banyak data peribadi seperti yang ada dalam telefon, waspada ada bahayanya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:03 am
  • 30/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, apabila disebut mengenai keselamatan, data pengguna dan privasi lokasi, sudah tentu pengguna akan terfikir mengenai perisian telefon pintar. Hal ini kerana, telefon pintar mempunyai banyak aplikasi yang memerlukan lokasi pengguna, contohnya GPS.

Sistem kereta simpan data pengguna

Namun, tanpa anda sedari, kereta yang sering diggunakan untuk pemanduan juga ada menyimpan data pemandu. Antara perincian data yang disimpan ialah lokasi pemandu pergi dan juga rakaman suara penumpang.



Meskipun begitu, tidak semua kereta ada kemampuan tersebut. Ia bergantung kepada ciri dan tahap kemampuan sesebuah kereta itu. Contoh kereta yang boleh menyimpan data ialah seperti model kereta Honda Accord, Kia Rio, Volkswagen Arteon dan banyak lagi.

Sistem infotainment Honda. Sumber: Cnet

Kecanggihan kereta kini menonjolkan banyak ciri yang berguna. Contohnya, anda boleh menyambung telefon ke kereta menggunakan Bluetooth bertujuan memudahkan panggilan telefon dijawab. Pada masa yang sama, kereta tersebut dapat mengesan kenalan dan nombor telefon yang ada di dalam peranti anda.



Ianya juga sama dengan kereta yang dilengkapi sistem navigasi GPS. Apabila pemandu menggunakannya, secara tidak langsung, kereta akan menyimpan maklumat lokasi yang anda pernah kunjungi menggunakan kereta tersebut.

Sistem navigasi GPS. Sumber

Penyalahgunaan data kereta

Tidak dinafikan, teknologi tersebut sangat membantu pemandu menyelesaikan pemanduan dengan selamat. Namun, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Satu kes berlaku di Australia, melibatkan seorang lelaki menjejaki bekas kekasihnya menggunakan satu aplikasi. Dia menghubungkan aplikasi tersebut dengan Land Rover berteknologi tinggi milik bekas kekasihnya.

Pengendalian sistem infotainment Land Rover. Sumber: Land Rover Flatirons

Suspek dapat maklumat pergerakan kenderaan secara langsung

Aplikasi tersebut menghantar maklumat secara langsung mengenai pergerakan kereta ke akaun e-mel suspek. Selain itu, dia juga membeli perisian pengintip untuk memantau lokasi telefon bekas kekasihnya itu.

Dahulu, suspek ada membantu bekas kekasihnya membeli Land Rover tersebut. Justeru, dia memiliki akses pendaftaran kenderaan (VIN) dan itu membolehkan dia menghubungkan sistem kereta kepada aplikasinya.

Suspek dapat mengakses maklumat secara langsung mengenai pergerakan wanita tersebut. Dia juga boleh mengawal kenderaan itu, seperti menggerakkan, menghentikan dan membuka serta menutup tingkap dari jarak jauh.

Mangsa mengetahui bahawa dirinya diperhatikan ketika dia cuba mencari telefonnya yang hilang melalui e-mel. Di dalam e-mel tersebut ada menunjukkan data yang dihantar oleh lelaki itu. Suspek telah memuat turun peta tempat kerja mangsa, termasuk lokasi mangsa parkir kereta miliknya.

Data dalam kereta bantu pihak berkuasa

Meskipun privasi pengguna boleh diceroboh oleh individu lain, namun sistem simpanan data dalam kereta juga mampu memberikan banyak faedah kepada pengguna, bahkan kepada pihak berkuasa juga.

Satu kes pembunuhan misteri berlaku di Michigan AS pada tahun 2016 melibatkan kematian individu bernama Ronald French. Dia ditemui maut di sebuah ladang jagung di Kalamazoo County. Detektif telah menyiasat pembunuhan tersebut lebih daripada dua tahun tetapi tiada sebarang tangkapan dapat dilakukan.

Namun begitu, salah satu detektif yang mempelajari bidang forensik kenderaan digital, merungkai misteri kematian tersebut dengan menyiasat trak hitam kepunyaan French yang dicuri ketika dia hilang. Dia menjumpai rakaman suara orang lain sewaktu individu tersebut menggunakan sistem bebas tangan untuk memainkan lagu di radio semasa pembunuhan French.

Setelah disiasat, suara itu adalah milik Joshua Wessel, salah seorang kenalan French. Bukti tersebut membolehkan siasatan dilakukan semula. Wessel akhirnya ditangkap dan didakwa dengan pembunuhan French.

Perisian Berla menganalisis data ID dalam kereta

Untuk menganalisis maklumat penting dalam sistem kenderaan, perisian Berla (Berla’s Software) boleh digunakan sebagai alat forensik digital. Namun ianya hanya untuk kegunaan penyiasat dan pegawai penguatkuasa sahaja. Perisian ini mampu membaca ID unik peranti Bluetooth dan Wi-Fi yang telah disambungkan ke sistem kereta.

Ia juga bantu memperoleh dan menganalisis maklumat penting yang tersimpan dalam sistem kenderaan. Hal tersebut membolehkan bukti utama diperolehi selain menjawab persoalan apa yang berlaku dan siapa yang terlibat dalam kenderaan tersebut.

[Sumber: TheVerge]

Tags: bluetoothwifi
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kereta anda simpan banyak data peribadi seperti yang ada dalam telefon, waspada ada bahayanya

30 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER