• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo akan lancar siri Reno 5 dilengkapi 5G dan Video AI

  • OLEH Najib
  • 2:14 pm
  • 30/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Tinggal beberapa hari lagi tahun 2020 akan melabuhkan tirainya. Tetapi ia tidak menghalang Oppo Malaysia untuk mempersiapkan pelancaran telefon pintar terbarunya. Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar siri Oppo Reno 5 pada bulan Januari 2021.

Walaupun tidak mengumumkan tarikhnya dengan tepat, Oppo Malaysia telah berkongsi banyak maklumat mengenai telefon yang akan dilancarkan ini. Perkara yang paling ditekankan Oppo sebagai bahan pemasaran Reno 5 adalah keupayaan rakaman video AI padanya.



Menurut Oppo, siri Reno 5 memiliki keupayaan AI Highlight Video, pertama seumpamanya di telefon pintar Oppo. Fungsi ini boleh meningkatkan kualiti rakaman agar lebih cerah, jelas dan semula jadi walaupun tanpa pencahayaan mencukupi. Seperti namanya, ia menggunakan kecerdasan pintar untuk mengenakan penapis yang sesuai bergantung kepada suasana.

Hebat sangatkah AI Highlight Video ini? Kita nantikan apabila ia dilancarkan kelak.



Rupa Fizikal

Di samping itu, Oppo juga telah berkongsi gambar sebenar Reno 5. Terdapat dua warna untuk Oppo Reno 5, iaitu Galactic Silver dan Starry Black. Ia bukan sahaja berbeza pada warna, tetapi pada kemasannya juga.

Oppo Reno 5 Galactic Silver

Galactic Silver menggunakan proses baru ‘Diamond Spectrum’ untuk memberikan rupa matte berkilauan. Warnanya boleh berubah jika dilihat pada sudut berbeza.

Oppo Reno 5 Starry Black

Manakala Starry Black pula menampilkan panel akrilik seperti kaca. Ia boleh memantulkan warna pelangi jika dipancarkan cahaya terus kepadanya.

Sudah dilancar di China

Oppo Reno 5 sebenarnya sudah pun dilancarkan di China, tetapi ia tidak memberi jaminan bahawa model yang sama akan dilancarkan di China. Ini kerana pada model Reno 4 yang lepas, ia dilancarkan dengan sokongan 5G di China, tetapi di Malaysia dibawakan model 4G dengan kuasa Snapdragon 720G sahaja.

  • Oppo Reno 5
  • Oppo Reno 5 Pro

Di China, siri Reno 5 dilancarkan dalam 3 model iaitu Reno 5, Reno 5 Pro dan Reno 5 Pro+. Ketiga-tiga model ini memiliki kuasa pemproses berbeza tetapi semuanya menyokong 5G. Reno 5 dilengkapi cip Snapdragon 765G, Reno 5 Pro dengan cip MediaTek Dimensity 1000+ dan Reno 5 Pro+ pula dikuasakan Snapdragon 865.

Di bahagian kamera, Reno 5 dan Reno 5 Pro berkongsi spec yang sama untuk kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP.

Oppo Reno 5 Pro+

Reno 5 Pro+ memiliki kamera lebih hebar iaitu kamera utama 50MP, kamera teleforo 13MP, kamera ultra lebar 16MP dan kamera makro 2MP. Penstabil imej optikal (OIS) dipasang pada kamera utama dan telefoto.

Selain ini, ketiga-tiga Reno 5 ini menggunakan paparan OLED HD Penuh, dengan kadar penyegaran 90Hz. Saiz skrin sedikit berbeza dengan Reno 5 berukuran 6.43-inci manakala Reno 5 Pro dan Pro+ pula 6.55-inci.

Oppo Reno 5 Pro+

Kesemua model ini turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W melalui USB-C. Kapasiti bateri pula sebesar 4,300mAh untuk Reno 5, 4,350mAh bagi Reno 5 Pro dan 4,500mAh di Reno 5 Pro+.

Di China, harga jualan siri Reno 5 adalah seperti berikut:

  • Reno 5 (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY 2,700 (~RM1,671)
  • Reno 5 (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 3,000 (~RM1,856)
  • Reno 5 Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY 3,400 (~RM2,104)
  • Reno 5 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 3,800 (~RM2,352)
  • Reno 5 Pro+ (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY 3,999 (~RM2,475)
  • Reno 5 Pro+ (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 4,499 (~RM2,784)

Pengesahan SIRIM

Maklumat lanjut untuk model yang akan dilancarkan di Malaysia boleh didapati di SIRIM apabila Oppo Malaysia dikesan telah menerima pengesahan SIRIM untuk siri Reno 5. Hanya terdapat dua model yang tersenarai di SIRIM iaitu CPH2145 (Reno 5) dan CPH2201 (Reno 5 Pro). Kedua-dua telefon ini menyokong rangkaian 5G dengan senarai jalur 700MHz, 3,500MHz dan 3,700MHz.

Nampak gayanya, Reno 5 Pro+ dengan kuasa pemproses dan kamera lebih hebat mungkin tidak akan dilancarkan serentak pada bulan Januari. Tetapi adakah ia akan dibawah kemudian? Kena tunggu pengumuman dari Oppo Malaysia.

Tags: Oppo Reno 5
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025

Oppo akan lancar siri Reno 5 dilengkapi 5G dan Video AI

30 December 2020
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER