• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton satu-satunya syarikat otomotif raih penambahan jualan tahun lalu, lebih 100 ribu unit kenderaan terjual

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:22 am
  • 06/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat otomotif, Proton berjaya mencatatkan peningkatan jualan 8.8% pada tahun 2020. Sebanyak 109,716 unit kenderaan sudah dijual pada tahun lalu dibandingkan 100,821 unit ketika tahun 2019.

Pada bulan Disember sahaja, Proton sudah menjual sebanyak 13,306 unit kenderaan. Ini sekaligus membolehkan Proton digelar sebagai satu-satunya syarikat otomotif yang berjaya mencatatkan penambahan di Malaysia. Peningkatan jualan tersebut adalah kebanyakannya hasil dari jualan Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES).



Peningkatan jualan semua model PIES disumbang oleh pengenalan model kemaskini baru pada 2019, yang mana diterjemahkan pada jualan tahun 2020.

  • Exora
  • Saga

Pencapaian kereta Proton 2020

Pada tahun lalu, Proton Saga kekal sebagai kereta yang paling banyak dijual pada tahun 2020 iaitu sebanyak 46,527 unit. Ia juga berada pada tangga kedua tertinggi bagi pencapaian jualan kenderaan segmen A.



Manakala Proton Persona merupakan antara yang tertinggi pencapaiannya bagi kenderaan segmen B, kenderaan itu juga terjual sebanyak 23,917 unit pada tahun lalu.

Selain itu, sebanyak 21,944 unit Proton X70 terjual pada tahun 2020 dan unit tersebut merupakan antara yang tertinggi pencapaiannya bagi kenderaan segmen C. Diikuti oleh Iriz yang terjual sebanyak 7,636 unit, exora 5,849 unit dan Proton X50 yang baru dilancarkan pada tahun 2020 sebanyak 3,787 unit.

Penambahan cawangan Proton

Dalam usaha menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan, Proton telah menambah 20 cawangannya yang baharu pada tahun 2020. Cawangan tersebut menawarkan perkhidmatan penjualan, servis, alat gantian dan cat 3S/4S. Ini menjadikan kesemua cawangan Proton berjumlah 140.

Jumlah eksport meningkat

Proton menerima penambahan eksport sebanyak 49.8% mengatasi trend industri otomotif Malaysia yang dijangka menguncup sebanyak 13%.

Pada bulan Disember, Proton telah mengadakan pelancaran Proton Saga yang pertama di Kenya, selain mengadakan pelancaran Proton X70 di Pakistan. Kedua-dua model tersebut pada awalnya bakal dijual dalam keadaan tersedia (CBU) dan kemudian akan ditawarkan secara berasingan bahagian kenderaan (CKD) apabila kilang di Karachi siap pada akhir tahun ini.

Turut menerima Proton Saga adalah Negara Mesir dan Bangladesh. Manakala Proton X50 pula memasuki pasaran eksport pertamanya pada 19 Disember apabila ia dilancarkan di Brunei Darussalam. Ini sekaligus menjadikan X50 model Proton keempat yang dilancarkan disana pada tahun 2020.

Tags: proton
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Proton satu-satunya syarikat otomotif raih penambahan jualan tahun lalu, lebih 100 ribu unit kenderaan terjual

6 January 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN