Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Xpax XP Lite kini ada Facebook, Instagram, WhatsApp, Wechat serta YouTube tanpa had

Celcom hari ini mengumumkan naik taraf kepada pelan pascabayar Xpax XP Lite. Sebelum ini, pelan ini diberikan data khas YouTube tanpa had sahaja. Kini tawaran data tanpa had ini diluaskan lagi kepada Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat. Ia diberikan jika pengguna Xpax Lite melanggan mana-mana pas M atau L.

Naik taraf ini diberikan secara automatik, jadi pengguna tidak perlu membuat apa-apa. Hanya nantikan ia tertera di dalam kuota internet anda. Anda boleh menyemak melalui aplikasi Celcom Life. Celcom juga memaklumkan, pengguna akan menerima mesej menyatakan naik taraf telah diberikan.

Pelan pascabayar Xpax XP Lite menyediakan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB dan panggilan tanpa had ke semua talian berharga RM28/bulan. Pelanggan boleh membeli pas M dengan tambahan RM10 (jumlah RM38/bulan), yang memberikan tambahan 7GB data berkelajuan tinggi, serta data tanpa had untuk YouTube, Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat, dengan sekatan kelajuan 3Mbps. Ini juga memberikan kualiti strim YouTube sekadar SD.

Untuk lebih data dan kelajuan, pelan L dengan tambahan RM30 (jumlah RM58/bulan), memberikan data tanpa had untuk YouTube, Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat, dengan sekatan kelajuan 6Mbps. Ini memberikan kualiti strim YouTube pada tahap HD. Kuota data berkelajuan tinggi ditambah menjadi 16GB.

Jika mahu berkongsi internet melalui Hotspot, ia akan menggunakan kuota berkelajuan tinggi, bukan kuota tanpa had dengan sekatan kelajuan. Apabila kuota berkelajuan tinggi habis digunakan, kelajuan akan disekat kepada 64Kbps dengan kuota sebanyak 15GB.

Data tambahan boleh dibeli dari RM2 untuk 3GB/hari, sehingga RM20 untuk 15GB/bulan. Celcom juga ada menawarkan internet tanpa had mengikut jam dipanggil Ultra Hour Pass, dari RM1 untuk 1 jam, RM2 untuk 3 jam, RM5 untuk 12 jam dan RM8 untuk 24 jam.

BACA  Google Maps akan ada mod gelap, semua ciri tampil malap

Pelan Xpax XP Lite ini sesuai jika anda masih perlukan internet berkelajuan tinggi untuk perkara lain melayari internet, di samping Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat tanpa had. Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh dirujuk di laman web Celcom Xpax Lite. Soalan lazim (FAQ) mengenainya boleh disemak di sini.