• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Facebook Page diubahsuai, tiada lagi butang like tetapi boleh akses ruangan berita

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:58 pm
  • 07/01/2021
  • Komen
Kegendalaan Facebook Dedahkan Bagaimana AI Lihat Gambar Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Facebook baru sahaja mengumumkan beberapa ciri baharu yang diubahsuai pada Facebook Page. Perubahan tersebut sudah diuji sebelum ini melibatkan Facebook Page golongan terkenal seperti artis, penulis dan seterusnya halaman perniagaan berbahasa Inggeris.

Terdapat banyak penambahbaikan yang dilakukan dan ada juga ciri yang dihapuskan. Semua pembaharuan ini akan menemui pengguna pada bulan akan datang. Kemaskini yang dilakukan ini akan memudahkan individu membezakan dan mengakses antara dua profil, iaitu akaun profil peribadi dan Facebook Page.



Tiada lagi butang like

Perubahan ketara yang akan dilihat pada Facebook Page ialah tiada lagi butang like (suka). Butang tersebut dihapuskan kerana jumlah like adakalanya memberi gambaran yang tidak tepat mengenai populariti sesebuah halaman. Pengguna Facebook menekan butang like, namun tidak semestinya dia mengikuti (follow) sesebuah Facebook Page itu.

Butang like juga dibuang kerana ingin memfokuskan kepada ciri follow sahaja. Ini memudahkan pengguna Facebook berhubung dengan Facebook Page kegemaran mereka. Dengan ciri follow pengguna boleh tahu sekiranya Facebook Page yang diikuti ada melakukan kemaskini. Namun, jika like sahaja, individu tidak akan dapat sebarang notifikasi kemaskini Facebook Page tersebut.



Dengan perubahan baharu ini, Facebook Page akan menujukkan dengan jelas tahap populariti sesebuah akaun itu. Justeru, hanya ada paparan jumlah pengikut dan jumlah yang diikut sahaja di sesebuah Facebook Page.

Facebook Page akan ada ruang berita (news feed) sendiri

Sebelum ini, pengguna tidak dapat mengakses ruang berita menggunakan profil Facebook Page. Malah, pengguna perlu kembali kepada profil utama untuk mengakses ruang berita. Adakalanya ia menjadi satu perkara yang privasi untuk memberi komen di ruang berita menggunakan akaun peribadi.

Oleh itu, pembaharuan baharu membolehkan pengguna mengakses ruangan berita menggunakan profil Facebook Page sendiri. Malah, pengguna juga boleh membalas komen menggunakan profil Facebook Page.

Menariknya, Facebook Page yang disahkan akan muncul lebih tinggi pada ruangan komen. Individu lain yang melihat komen tersebut secara tidak langsung boleh terus mengikuti Facebook Page tersebut.

Format soal jawab yang baharu

Buat masa ini, ciri ini hanya boleh digunakan jika Facebook Page dibuka melalui komputer. Pemilik akaun boleh membuka ruangan soalan secara umum kepada pengikut mengenai topik yang dimahukan. Jawapan juga boleh dilihat oleh semua.

[Sumber: Facebook]

Tags: FacebookFacebook Page
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kegendalaan Facebook Dedahkan Bagaimana AI Lihat Gambar Anda

Facebook Page diubahsuai, tiada lagi butang like tetapi boleh akses ruangan berita

7 January 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN