• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akaun sosial media Donald Trump disekat sehingga 24 jam ada perkongsian berbaur hasutan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:56 pm
  • 07/01/2021
  • Komen
Akaun sosial media Donald Trump disekat sehingga 24 jam ada perkongsian berbaur hasutan
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, satu rusuhan berlaku di bangunan Capitol Hill melibatkan penyokong Donald Trump. Ianya berlaku kerana mereka ingin memaksa Kongres membatalkan kekalahan pemilihan Trump dalam pilihan raya Amerika Syarikat yang lalu.

Dalam pada itu, Donald Trump di laman sosialnya ada membuat perkongsian dipercayai wujud elemen hasutan.



Sosial media seperti Twitter, Facebook dan Instagram hari ini memadam beberapa penulisan dan juga video yang dikongsikan oleh Donald Trump. Hal ini dilakukan kerana dalam perkongsian tersebut mengandungi perkara yang melanggar peraturan sosial media dan dipercayai mempunyai unsur hasutan.

Twitter

Twitter hari ini memberitahu bahawa beberapa tweet yang ditulis di akaun rasmi Donald Trump dipadam ekoran tweet tersebut melanggar peraturan terhadap dasar Integriti Sivik mereka. Tindakan itu juga dilakukan kerana situasi kekacauan yang belum pernah terjadi sebelum ini, berterusan di Washington, DC.



https://twitter.com/TwitterSafety/status/1346970430062485505

Anda boleh lihat diakaun rasmi Donald Trump, terdapat dua tweetnya yang terbaharu sudah tidak lagi tersedia. Ditulis di situ, tindakan tersebut dilakukan kerana Tweet itu melanggar undang-undang Twitter.

Twitter juga sekat akaun tersebut selama 12 jam. Namun, jika tweet tersebut masih ada, akaun tersebut akan kekal disekat. Twitter miliknya juga mungkin akan berhadapan dengan penggantungan kekal, kerana ia sudah termasuk dalam pelanggar undang-undang Twitter dari sudut dasar integriti sivik atau ancaman kekerasan.

Facebook dan Instagram

Facebook memaklumkan bahawa mereka sudah menarik keluar video Presiden Trump yang bercakap mengenai tunjuk perasaan dan keputusan pilihan raya, dari Facebook dan Instagram. Berikut merupakan antara kandungan yang turut di hapuskan:

  1. Pujian dan sokongan terhadap serangan Capitol AS
  2. Kenyataan panggilan untuk membawa senjata ke lokasi di seluruh AS, bukan hanya di Washington tetapi di mana sahaja di AS
  3. Hasutan atau dorongan untuk acara di Capitol, termasuk video dan gambar dari para petunjuk perasaan.
  4. Menyeru tunjuk perasaan di adakan
  5. Percubaan untuk memulihkan keganasan pada hari-hari yang mendatang

Selain itu, Facebook juga akan melarang Trump membuat sebarang perkongsian di halamannya selama 24 jam berikutan pelanggaran dasar Facebook yang sudah dilakukan.

We've assessed two policy violations against President Trump's Page which will result in a 24-hour feature block, meaning he will lose the ability to post on the platform during that time.

— Meta Newsroom (@MetaNewsroom) January 7, 2021


Selain itu, Facebook juga melaksanakan beberapa tambahan baharu bagi mengekang isu hasutan, ia termasuklah:

  1. Meningkatkan keperluan individu sebagai admin kumpulan. Ianya untuk menyemak dan mempersetujui perkongsian yang ditulis oleh ahli kumpulan sebelum dimuat naik.
  2. Menyekat secara automatik perkongsian yang mempunyai unsur kebencian atau kandungan yang menimbulkan keganasan.
  3. Menggunakan AI untuk menurunkan kandungan yang mungkin melanggar dasar Facebook dan Instagram.

[Sumber: Twitter, Facebook]

Tags: donald trumpTwitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Akaun sosial media Donald Trump disekat sehingga 24 jam ada perkongsian berbaur hasutan

Akaun sosial media Donald Trump disekat sehingga 24 jam ada perkongsian berbaur hasutan

7 January 2021
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN