• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terpedaya pelaburan Bitcoin di laman sosial Facebook, pelajar wanita rugi RM84,600

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:17 pm
  • 12/01/2021
  • Komen
Terpedaya pelaburan Bitcoin di laman sosial Facebook, pelajar wanita rugi RM84,600
Share on FacebookShare on Twitter

Bitcoin adalah salah satu mata wang kripto yang lahir secara digital. Setiap transaksi Bitcoin direkodkan dalam senarai umum yang dipanggil “Blockchain” agar ia selamat digunakan tanpa membimbangkan risiko penggodaman.

Mata wang Bitcoin boleh digunakan untuk urusan jual beli kepada pihak yang menerima mata wang sama. Namun ia lebih dipilih untuk digunakan sebagai pelaburan berikutan nilainya yang dilihat sering meningkat.



Oleh kerana itu, wujud individu yang melakukan penipuan dengan menawarkan jualan bitcoin pada harga yang tidak masuk akal dibandingkan dengan harga asal. Akibatnya, ada yang menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian sejumlah wang yang besar.

Ditipu pelaburan Bitcoin

Seorang pelajar wanita berusia 25 tahun terpedaya dengan tawaran lumayan pelaburan Bitcoin yang diiklankan dalam media sosial Facebook. Dia kemudiannya telah dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh suspek dan diberi penerangan mengenai pelaburan Bitcoin pada 5 Januari lalu.



Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dalam tempoh 72 jam dan diarahkan supaya mendaftar di satu laman web antara tarikh 5 Januari hingga 8 Januari. Oleh itu, mangsa telah membuat beberapa transaksi bayaran secara berperingkat untuk membeli Bitcoin ke lima akaun yang berbeza keseluruhannya berjumlah RM84,600.

Suspek mengarahkan mangsa membuat bayaran sehingga mangsa akhirnya kehabisan wang. Dia yang merasakan dirinya ditipu telah memaklumkan kepada ahli keluarga dan kemudian membuat laporan polis pada 8 Januari lalu.

Oleh itu, sebelum menyertai sebarang pelaburan, pastikan pelaburan adalah wujud dan berdaftar dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM). Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan penipuan pelaburan melalui sumber rasmi seperti ‘alert list’ Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Selain itu, masyarakat juga disarankan untuk membeli atau memperdagangkan Bitcoin dan mata wang kripto lain melalui bursa aset digital yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia termasuklah Luno, Sinergy, dan Tokenize Exchange.

[Sumber: Bernama, CNN]

Tags: bitcoinSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Terpedaya pelaburan Bitcoin di laman sosial Facebook, pelajar wanita rugi RM84,600

Terpedaya pelaburan Bitcoin di laman sosial Facebook, pelajar wanita rugi RM84,600

12 Januari 2021

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER