Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Petugas kesihatan ucap terima kasih kepada Rakyat Malaysia di dalam video “Kau Ilhamku”

Petugas kesihatan adalah pasukan utama dalam memerangi wabak COVID-19 yang berleluasan masa kini. Virus ini yang tersebar sejak akhir 2019, masih menjadi musuh utama dunia, mengakibatkan petugas kesihatan terpaksa bekerja sepenuh masa untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terbela.

Bagi menghargai mereka, sekumpulan petugas kesihatan telah bersatu tenaga dalam menghasilkan muzik video “Kau Ilhamku”. Lagu asal ini dinyanyikan oleh Man Bai, mankala lirik dan lagu ditulis dan disusun oleh Asmin Mudin.

Video muzik penghargaan ini dihasilkan dengan kerjasama 26 petugas kesihatan dari pelbagai sektor, dengan video diedit oleh Dr. Tew Pei See. Mereka memainkan sendiri piano, biola, gitar serta mengadun bunyi dan lagu, selain menyumbang suara untuk menjadikan video ini kenyataan.

Dalam ucapan oleh Dr. Lau Shyan Ling, beliau memberi setinggi penghargaan kepada rakan-rakan petugas kesihatan yang mengorbankan masa dan tenaga mereka, dan berhadapan risiko setiap hari untuk membendung wabak ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang turut berdiri teguh bersama memerangi wabak, patuh kepada norma baru dan secara sukarela membantu petugas kesihatan. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Man Bai atas inspirasi lagu “Kau Ilhamku”.

Saksikan video muzik penghargaan “Kau Ilhanku” oleh petugas kesihatan Malaysia:

BACA  Kertas kerja saintis Malaysia mengenai tenaga solar dapat pengiktirafan tinggi di China