Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

AirAsia sedia perkhidmatan penghantaran percuma sepanjang PKP

Airasia menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma tanpa had untuk sebarang pembelian di AirAsia food, AirAsia fresh dan AirAsia shop sepanjang tempoh PKP ini. Ia bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan barang keperluan seperti makanan, produk segar, barangan runcit dan banyak lagi di samping kekal selamat di rumah.

Namun, perkhidmatan penghantaran percuma ini hanya tersedia di Lembah Klang sahaja dan akan ditawarkan di kawasan-kawasan lain tidak lama lagi.

AirAsia Food

AirAsia Food menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan yang sedia untuk di makan. Pelanggan juga boleh menikmati penghantaran percuma tanpa had dalam jarak 15km dari rumah anda. Ada pelbagai juadah disediakan seperti masakan asia, masakan barat, pemanis mulut, roti dan bermacam lagi.

Untuk pembelian, anda boleh ikut cara yang mudah ini:

  1. Kunjungi AirAsia Food di sini dan masuk ke akaun anda
  2. Tetapkan lokasi di bahagian kiri atas
  3. Pilih makanan
  4. Tekan make order (buat pesanan) di sebalah kanan
  5. Akhir sekali, anda akan dibawa ke halaman pembayaran
  6. Setelah bayar, tunggu makanan anda tiba

AirAsia Fresh

Selain itu, pelanggan boleh memesan produk segar seperti daging, makanan laut, sayur-sayuran dan barangan runcit dalam talian di AirAsia Fresh. Dengan perbelanjaan minimum RM30, anda berpeluang menimati penghantaran percuma tanpa had menggunakan kod promosi ‘STAYHOME’.

Untuk perkhidmatan ini, tiada had yang ditetapkan untuk jarak penghantaran percuma. Selain itu, pelanggan boleh memilih penghantaran untuk hari berikutnya atau penghantaran berdasarkan waktu pilihan.

Cara untuk membuat pembelian mudah sahaja, anda boleh ikut cara seperti di bawah ini:

  1. Log masuk ke AirAsia Fresh di sini
  2. Tetapkan lokasi penghantaran
  3. Pilih barangan segar yang anda mahukan dan tambah ke troli
  4. Setelah selesai, sebelum lakukan pembayaran anda perlu tetapkan waktu penghantaran disetiap produk yang ada di dalam troli anda
  5. Masukkan kod ‘STAYHOME’ diruang kod baucer untuk mendapatkan penghantaran percuma.
  6. Tekan continue to pay (teruskan pembayaran)
  7. Isi maklumat visa atau mastercard anda, selesaikan pembayaran dan tunggu barang anda tiba pada waktu yang sudah ditetapkan tadi.
BACA  Samsung lancar Exynos 2100 5nm, 30% prestasi CPU & 40% prestasi GPU lebih tinggi

AirAsia Shop

Melalui AirAsia shop, pelanggan boleh mendapatkan produk seperti penjagaan kulit, solekan, kesihatan dan sebagainya. Hanya buat pesanan minimum RM30 untuk menikmati penghantaran percuma tanpa had. Tiada kod promosi diperlukan, namun, anda perlulah berada di sekitar Lembah Klang sahaja.

Berikut adalah cara yang boleh dijadikan rujukan kepada anda yang melakukan pembelian:

  1. Kunjungi AirAsia shop dan log masuk ke akaun anda
  2. Tetapkan lokasi penghantaran di bahagian kiri atas
  3. Pilih barang yang anda mahukan dan tambah ke troli
  4. Apabila sudah selesai, tekan gambar troli di sebelah kanan atas untuk lakukan pembayaran
  5. Tetapkan tarikh dan waktu penghantaran pada setiap item yang ada di dalam troli anda
  6. Tekan continue to pay (teruskan pembayaran)
  7. Anda perlu isi maklumat visa atau mastercard anda untu selesaikan pembayaran. Setelah itu, tunggu barang tiba pada waktu yang sudah ditetapkan.

Selain menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan seperti Food Panda dan Grab Food, ini juga merupakan salah satu cara yang selamat untuk anda berbelanja secara dalam talian ketika PKP ini.

Untuk sebarang maklumat terkini, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, anda boleh kunjungi laman sesawang rasmi mereka di Twitter, Facebook dan Instagram.

[Sumber: AirAsia]