• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar dan video rasmi Galaxy S21, Buds Pro & SmartTag, terbocor sebelum pelancaran

  • OLEH Najib
  • 1:28 pm
  • 14/01/2021
  • Komen
Gambar dan video rasmi Galaxy S21, Buds Pro & SmartTag, terbocor sebelum pelancaran
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung akan mengadakan acara Galaxy Unpacked, yang dijadualkan bermula pukul 11 malam ini waktu Malaysia. Pada acara ini, beberapa produk baru Samsung akan diperkenal dan watak utama dalam acara ini adalah siri Galaxy S21.

Bagaimanapun, maklumat rasmi termasuk video pengenalan pelbagai produk yang akan dilancarkan malam ini, telah terbocor di internet. Evan Blass yang sohor sebagia pembocor berita teknologi, telah berkongsi banyak maklumat yang dikatakan rasmi daripada Samsung. Bukannya gambaran atau sedutan sahaja, malah termasuk harga dan tarikh jualan.



Dari perkongsian ini, dapat disimpulkan bahawa Samsung akan melancarkan tiga produk pada acara Galaxy Unpacked hari ini iaitu:

  1. Siri Galaxy S21 (Galaxy S21, Galaxy S21+, Galaxy S21 Ultra)
  2. Galaxy SmartTag
  3. Galaxy Buds Pro
Semua perkara tentang pelancaran Galaxy Unpacked

Warna, Harga dan Tarikh

Dari dalam video tersebut, siri Galaxy S21 akan dijual bermula 29 Januari 2021. Harganya pula kelihatan lebih murah USD200 untuk semua model, dari Galaxy S20 semasa pelancaran lepas. Dalam video ini, tidak pula disebut harga untuk Galaxy Buds Pro dan Galaxy SmartTag.



Berikut adalah saiz RAM, storan, harga dan warna untuk siri Galaxy S21.

Galaxy S21 (RAM 8GB + Storan 128/256GB) – dari USD 799 (~RM3,230)
warna: Phantom Gray, Phantom White, Phantom Violet, Phantom Pink

Galaxy S21+ (RAM 8GB + Storan 128/256GB) – dari USD 999 (~RM4,038)
warna: Phantom Gray, Phantom White, Phantom Violet

Galaxy S21 Ultra (RAM 12/16GB + Storan 128/256/512GB) – dari USD 1,199 (~RM4,847)
warna: Phantom Black, Phantom Silver

Rekaan Galaxy S21

Nampaknya rupa bentuk siri Galaxy S21 yang terbocor sebelum ini, memang tepat kerana sama seperti apa yang ada di dalam video ini.

Bagi Galaxy S21 Ultra, terdapat pilihan untuk menggunakan casing yang boleh menyimpan S Pen di tepinya.

Kamera Galaxy S21

Space Zoom 100x dan Single Take masih kekal. Kini ditambah dengan fungsi Director View di mana ia merakam video serentak menggunakan semua lensa kamera yang ada, di hadapan dan di belakang.

  • Single Take
  • Director View

Galaxy SmartTag

Ini kelihatan seperti keychain di mana ia boleh digunakan untuk mencari barang yang dipasang bersama dengan mudah. Antara contoh penggunaannya adalah di beg, atau kunci kereta.

Galaxy Buds Pro

Ia masih mengekalkan rupa seperti kacang di Galaxy Buds Live, serta penyaring hingar aktif (ANC). Tetapi kali ini menggunakan getah penyumbat.

Semua video Galaxy Unpacked

Saksikan semua video yang dikongsi oleh Evan Blass di bawah ini.

Galaxy S21

Galaxy S21+

Galaxy S21 Ultra

Galaxy S21 Ultra

Galaxy S21 Ultra S Pen

Galaxy S21 kamera

Galaxy S21 Ultra Director View

Galaxy SmartTag

Galaxy Buds Pro

[Sumber: @evleaks]

Tags: samsungSamsung Galaxy Buds ProSamsung Galaxy S21Samsung Galaxy SmartTag
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Gambar dan video rasmi Galaxy S21, Buds Pro & SmartTag, terbocor sebelum pelancaran

Gambar dan video rasmi Galaxy S21, Buds Pro & SmartTag, terbocor sebelum pelancaran

14 January 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER