Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ini projek “bandar gila” Arab Saudi yang perlu anda tahu

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman hari ini telah mengumumkan satu projek perbandaran yang sedang negaranya jalankan. Di namakan The Line, ia adalah projek bandar yang disusun dalam satu garisan lurus sepanjang 170km. Kalau tak kedengaran gila, cuba anda bayangkan pekan kecil seperti Raub, Kampar, ataupun Labis, tapi panjangnya dari Menara KLCC hinggalah Bandaraya Ipoh.

Tak terhenti di situ, ia sangat futuristik sehinggakan tiada sebuah kereta pun akan dilihat disekeliling bandar. Mereka mensasarkan sifar kereta, sifar jalan, dan sifar karbon. Hal ini kerana, semua bend aitu akan dibina di bawah tanah.

Kedudukan The Line atas peta
Kedudukan The Line atas peta

Maka, sejuta penduduk yang dijangka mendiami The Line, miliki ruang seluas-luasnya untuk berjalan dan menurut pembangunnya, semua kemudahan yang diperlukan dijanjikan tidak melebihi 5 minit berjalan jauhnya.

Untuk menjayakan projek ini, data AI digunakan. Menurut kerajaan Arab Saudi, ketamadunan terdulu tumbuh mengikut aliran air sungai. Bagi The Line, mereka memanfaatkan teknologi “big data” untuk membantu mereka dalam perancangan bandar.

The Line akan mula dibangunkan tahun ini dan letaknya di utara Arab Saudi. Hujung sebelah kirinya bermula di persisiran pantai yang menghadap Laut Merah manakala hujung sebelah lagi satu berakhir berhampiran Bandar Tabuk.

Sifar kereta tak bermakna kenderaan tidak digunakan. Hal-hal logistik akan dikendalikan oleh laluan tunjang yang berada di bahagian bawah bandar. Ia akan digunakan untuk menghantar segala bahan keperluan.

Lapisan bandar The Line

Lapisan ketiga yang berada di bawah lapisan logistik akan menempatkan perkhidmatan keretapi laju yang akan membolehkan penduduknya pergi ke mana-mana empat bahagian The Line dengan pantas.

Bahagian pertama dinamakan bahagian Coastal, tempat yang menghadap Laut Merah, bahagian kedua Coastal Desert adalah tanah lapang yang katanya tempat hub pengangkutan untuk ke utara dan selatan akan dibangunkan.

Kemudian, bahagian Mountain yang menembusi Jabal al-Lawz dan bahgian terakhir adalah Upper Valley yang akan jadi hub logistik bagi The Line.

BACA  Pemandu kurang rehat punca kemalangan kenderaan berat meningkat ketika PKP

Arab Saudi tidak memperincikan bilakah projek ini akan siap, tapi mereka membayangkan sebelum tahun 2030.

Layari laman rasmi projek untuk maklumat lanjut.