Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sony ada lensa 35mm baru, 17% lebih ringan dari yang sedia ada

Sony telah menambah ahli baru dalam barisan lensa kamera Full Frame meerka. Pengguna Sony kini ada lensa FE 35mm F1.4 GM (SEL35F14GM) untuk dipilih. Ini adalah lensa prime 35mm kedua dalam penawaran Sony selepas Sony Zeiss Distagon T* FE 35mm F1.4 ZA.

Pada berat 524g, ia 17% lebih ringan daripada lensa yang disebutkan tadi walaupun miliki jarak fokal dan bukaan apertur yang sama.

Kalau dah aperture F1.4, anda bolehlah jangkakan kesan bokeh yang lemak. Tak cukup dengan itu, bukaannya dikawal oleh 11 bilah yang akan jadikan bebola bokeh anda lebih bulat berbanding lensa distagon yang ada 9 bilah pada bukaan apertur.

Selain untuk genre street, ia juga sesuai untuk penggambaran jarak dekat. Ia miliki jarak fokus minimum kurang daripada 1 kaki iaitu 27cm. Kalau nak ambil video guna lensa ini, ada butang untuk matikan klik pada kawalan apertur supaya perubahan apertur yang berlaku semasa merakam tidak mendadak.

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan lensa baru FE 35mm F1.4 GM ini, harganya adalah RM6,799 dan mula dijual oleh Sony dalam bulan Februari 2021.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Sony nak cabar DJI dalam dunia drone dengan Airpeak