Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Nintendo Switch edisi Mario hadir dalam warna merah garang

Sementara menunggu Nintendo Switch Pro, Nintendo telah melancarkan konsol Nintendo Switch edisi baru iaitu Mario Red & Blue. Ini adalah Switch pertama yang badannya ditawarkan selain warna hitam. Sebelum ini, semua edisi khas Cuma berbeza pada warna Joy-Con sahaja.

Untuk edisi kali ini, keseluruhan konsol ini berwarna merah. Bersama-sama dengan set tersebut, anda akan dapat bekas pelindung dengan warna tema Mario bersama-sama pemegang Joy-Con bewarna biru.

Nintendo Switch Mario Red & Blue Edition ini dijual pada harga USD300 dan mula boleh dibeli pada 12 Februari 2021 dalam pasaran terpilih. Selain edisi khas Mario, Nintendo Switch juga hadir dalam beberapa edisi lain seperti:

  • Nintendo Switch – Animal Crossing: New Horizon – USD300 (RM1,211)
  • Nintendo Switch -Pokemon – USD300 (RM1,211)
  • Nintendo Switch – Neon Blue dan Neon Red – USD 300 (RM1,211)
  • Nintendo Switch – Gray – USD300 (RM1,211)
  • Nintendo Switch Lite – USD200 (RM807)

Di Malaysia, disebabkan Nintendo tidak hadir secara rasmi, kita terpaksa membeli konsol ini pada harga lebih tinggi kerana kita dapatkannya melalui pihak ketiga.

BACA  Microsoft Word akan ada ramalan perkataan, masalah salah ejaan dapat diselesaikan