Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Oppo A93 dikemas kini dengan cip 5G

Di Malaysia, Oppo A93 yang sedang dijual sekarang adalah yang diperkasa Helio P95. Tapi sekarang di China, ada A93 yang mendukung cip 5G Snapdragon 480. Kalaulah produk in itembusi pasaran Malaysia, sudah tentu ia jadi telefon Oppo yang sokong 5G termurah.

Tak banyak telefon Oppo yang ada fungsi 5G sekarang. Antaranya ialah Find X2 5G dan satu lagi Reno5 5G.

Berbalik kepada Oppo A93, selain Snapdragon 480, ia hadir dengan konfigurasi RAM dan Storan 8GB/128GB ataupun 8GB/256GB. Kalau tak cukup luas, ruang penyimpanan boleh diperbesar melalui slot khas.

Selain 5G, antara yang menarik dengan Oppo A93 ini adalah paparannya LCD 90Hz FHD+ sebesar 6.5″. A93 yang ada di sini pula ada paparan 6.47″ daripada penal AMOLED.

Di bahagian pengimejan, ia ada tiga kamera belakang. Konfigurasi kamera belakang menampil sensor 48MP sebagai kamera utama dan 2 sensor 2MP masing-masing untuk makro dan monokrom. Selfie pula anda ada kamera 8MP.

A93 versi 5G ini miliki bateri 5,000mAh, perkara biasa pada Oppo A93 yang lain. Ia terima blok pengecas 18W dan kabel USB-C untuk mengisi tangkinya.

Menurut laman rasmi Oppo, A93 5G varian RAM 8GB dan storan 256GB dijual pada harga CNY 1,999 (RM 1,204). Walau bagaimanapun, tiada maklumat harga untuk varian berstoran 128GB.

Sumber: Oppo

BACA  Malaysia laksana 5G hujung tahun ini, pelbagai aplikasi penting bakal temui pengguna