• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S21 Ultra: Semua perkara yang anda perlu tahu

  • OLEH Najib
  • 3:11 am
  • 15/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

PROMOSI: Dapatkan fon telinga ANC Samsung Type-C bernilai RM299 secara percuma, bersama Galaxy Fit 2, Galaxy Smart Tag dan Wireless Charger Trio, apabila membuat pembelian mana-mana siri Galaxy S21 menggunakan kod promosi: SCS21VIP di Stor Online Samsung. Tawaran sah sehingga 28 Februari 2021.

Watak utama majlis pelancaran Galaxy Unpacked malam ini adalah Galaxy S21 Ultra. Ia adalah peranti terhebat dalam keluarga Galaxy S21, dengan saiz skrin paling besar dan kini ada sokongan S Pen. Ya, siri Galaxy S pertama dengan sokongan S Pen.

Prestasi tertinggi

Boleh dikatakan, Samsung mengenakan naik taraf Galaxy S21 Ultra hampir di semua bahagian, apabila dibandingkan dengan Galaxy S21. Persamaan terbesar adalah prestasinya, digerakkan oleh cip terbaru Samsung Exynos 2100, atau Qualcomm Snapdragon 888, bergantung kepada pasaran. Di Malaysia, kita akan menerima cip Exynos 2100.



Dari kiri: Galaxy S21, Galaxy S21 Ultra dan Galaxy S21+

Dari sini, semuanya adalah lebih untuk Galaxy S21 Ultra. Bermula dengan RAM, Samsung meletakkan paling kecil sebanyak 12GB RAM di dalam versi Ultra, dengan pilihan sehingga 16GB. Storan dalaman pula antara 256GB dan 512GB.

Paparan tajam, pantas dan cerah

Skrin di Galaxy S21 Ultra lebih besar, berukuran 6.8-inci dan melengkung di sisi. Ia menggunakan paparan Dynamic OLED 2X dengan resolusi QuadHD, memberikan kepadatan piksel 515ppi. Skrin ini juga menyokong kadar penyegaran setinggi 120Hz, dan serendah 10Hz untuk penjimatan bateri.



Kecerahan skrin ini juga lebih tinggi dengan kecerahan puncak pada 1,500nits. Lapisan kaca di luar pula dari jenis Corning Gorilla Glass Victus, kaca Gorilla paling tahan lasak masa kini. Pengimbas capjari ultrasonik terbina di bawah lapisan kaca.

S Pen dan S Pen Pro

Galaxy S21 Ultra kini menyokong S Pen yang terdapat di Galaxy Note dan Galaxy Tab, atau ia boleh dibeli berasingan. Perlu diambil perhatian, tiada S Pen datang bersama Galaxy S21 Ultra.

Di majlis pelancaran ini, Samsung memperkenal dua jenis S Pen. S Pen biasa yang digunakan untuk menulis di atas skrin, dan S Pen Pro dengan sokongan Bluetooth seperti yang ada di Galaxy Note 20. Bagaimanapun, S Pen Pro tidak terdapat sekarang, akan dijual di masa kemudian.

Memandangkan tiada tempat menyimpan S Pen di dalam Galaxy S21 Ultra, Samsung menyediakan casing khas yang memiliki tempat meletak S Pen di sisi casing.

Bateri dan pengecasan pantas

Kapasiti bateri lebih besar 5,000mAh dipasang di dalam Galaxy S21 Ultra. Tetapi tiada pembaharuan di dalam sokongan pengeasan. Ia menerima pengecasan pantas sehingga 25W dan pengecasan wayarles 10W. Sama seperti Galaxy S21, tiada lagi kepala pengecas di dalam kotak, juga tiada fon telinga. Meniru apa yang terjadi di iPhone 12 dan Mi 11.

Kamera Space Zoom 100x

Berbanding hanya 3 kamera di Galaxy S21 dan S21+, ada 4 kamera belakang di Galaxy S21 Ultra. Kamera hadapannya juga jauh berbeza, kerana ia menggunakan sensor 40MP F2.2, masih terletak di dalam lubang di atas skrin.

Kamera belakangnya dibarisi kamera utama 108MP F1.8 serba baru dilengkapi penstabil imej optikal (OIS, kamera ultra lebar 12MP dengan autofokus dwi-piksel (DPAF) dan dua kamera telefoto. Kamera telefoto pertama adalah sensor 10MP F2.4 dengan DPAF dan OIS, serta zum optikal 3x. Kamera telefoto kedua pula adalah kamera periskop 10MP F4.9 juga dengan DPAF dan OIS, berkemampuan zum optikal sehingga 10x. Satu lagi lubang di kamera ini adalah sensor autofokus laser.

Samsung mengekalkan zum 100x di varian Ultra hasil gabungan dua kamera telefoto tadi. Tangkapan waktu malap juga dipertingkat dengan sensor Bright Night, yang diperkasa teknologi 12MP Nano-Binning, menggabungkan 9 piksel berhampiran kepada satu piksel besar.

Spesifikasi lain

Telefon terbaru Samsung ini dilengkapi dengan sistem operasi terbaru, One UI 3.0 berasaskan Android 11. Untuk rangkaian 5G, ia menyokong teknologi SA dan NSA, serta Ultra Wideband Sub6Ghz yang sangat pantas.

Peningkatan S21 Ultra berbanding S21 adalah pada WiFi yang menyokong standard baru WiFi 6E. Menggunakan jalur 6GHz, WiFi 6E turut memiliki spektrum lebih luas untuk menyalurkan lebih banyak kapasiti data pada masa yang sama.

Untuk warna, Samsung menyediakan warna eksklusif untuk S21 Ultra, di dalam dua pilihan: Phantom Silver dan Phantom Black. Warna ini dihasi dengan kemasan kabus premium untuk menjadikannya kelihatan berbeza dari biasa.

Tarikh dan harga jualan

Samsung Galaxy S21 Ultra akan mula berada di pasaran pada 29 Januari 2021. Harganya dilihat lebih murah USD200, berbanding pelancaran Galaxy S20 iaitu:

  • Galaxy S21 Ultra (RAM 12/16GB + Storan 128/256/512GB) – dari USD 1,199 (~RM4,847)

Harga lebih murah tanpa kepala pengecas dan fon telinga berwayar di dalam kotak. Ini adalah tawaran yang baik, tetapi harga kepala pengecas dan fon telinga juga harus lebih murah dari USD200.

Tempahan awal di Malaysia telah dibuka sekarang dengan dua varian ditawarkan. Hadiah percuma berupa Galaxy Buds Pro dan Smart Tag menanti mereka yang membuat tempahan awal. Jika menggunakan kod promosi SCS21VIP semasa check out di Stor Online Samsung, boleh menerima hadiah percuma tambahan berupa fon telinga ANC Type-C.

Harga jualan Galaxy S21 Ultra di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Galaxy S21 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM5,299
  • Galaxy S21 Ultra (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM5,899

Segera ke Stor Online Samsung sekarang atau pengedar Samsung terpilih untuk membuat tempahan Galaxy S21 Ultra.

Bacaan Berkaitan

Samsung Galaxy S21 & S21+: Semua perkara yang anda perlu tahu
Tempah sekarang siri Galaxy S21 dan terima Buds Pro, Smart Tag dan fon telinga ANC
Galaxy S21 Ultra: Harapan Samsung untuk leburkan badi lagxynos
Tags: samsungSamsung Galaxy S21 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy S21 Ultra: Semua perkara yang anda perlu tahu

15 January 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER