• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM tak berhenti memasang dan baik pulih perkhidmatan di premis sewaktu PKP

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:31 pm
  • 15/01/2021
  • Komen
TM catat keuntungan merosot berturut-turut pada tahun 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Meskipun masyarakat sekali lagi terikat dengan perintah kawalan pergerakan (PKP), namun kebanyakan industri yang penting masih boleh beroperasi seperti biasa. Ia termasuklah syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia Berhad (TM).

TM jamin sentiasa beri perkhidmatan kepada pelanggan

TM akan terus memberikan perkhidmatan mereka kepada pengguna seperti biasa. Pasukan teknikal TM akan membantu menyelesaikan isu-isu pelanggan termasuklah yang melibatkan di dalam premis mereka. Contohnya melakukan perkhidmatan pemasangan dan baik pulih jaringan komunikasi pelanggan.



Aktiviti ini meliputi semua zon, kecuali:

  1. Zon di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
  2. Kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Pemerhatian dan Pengawasan Di Rumah Kediaman (Home Surveillance Order –HSO)

Pasukan TM akan patuh SOP

Anggota TM yang melaksanakan sebarang kerja di premis pelanggan akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Ini sebagai satu langkah bagi mengelakkan dari penularan sebarang jangkitan virus. Antara langkah yang di ambil ialah:



  1. Melakukan pemeriksaan suhu badan sewaktu memulakan syif mereka.
  2. Mengisytiharkan status kesihatan mereka sebelum memasuki premis
  3. Memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka adalah diwajibkan
  4. Mencuci atau sanitasi tangan sebelum dan selepas menjalankan tugas
  5. Mematuhi penjarakan fizikal dengan mengekalkan jarak satu meter dari pelanggan dan tidak berjabat tangan.
  6. Mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik.

Para pelanggan juga akan diminta untuk melengkapkan borang ‘Pengisytiharan Pelanggan Selepas Selesai Tugasan’ (Post Work Customer Declaration) apabila anggota TM sudah menyelesaikan tugas mereka.

Perkara ini adalah untuk mengesahkan bahawa pasukan pemasangan atau pasukan teknikal TM mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

Pelanggan digalakkan berurusan secara dalam talian

Waktu operasi pusat khidmat pelanggan TM dan premis TM point di seluruh negara kekal seperti biasa sambil mematuhi SOP yang sudah ditetapkan. Namun, interaksi dengan pelanggan di TM point akan dihadkan. Keutamaan hanya diberikan kepada transaksi penting sahaja seperti:

  1. Permohonan perkhidmatan baharu
  2. Pembayaran
  3. Aduan dan pertanyaan
  4. Pengambilan kad SIM.

Sekiranya pelanggan TM memerlukan sebarang bantuan berkaitan perkhidmatan TM, mereka digalakkan untuk menggunakan alternatif komunikasi secara dalam talian seperti:

  1. Memuat turun aplikasi myunifi, sama ada di Android atau iOS
  2. Kunjungi portal unifi di sini dan pelanggan boleh berhubung melalu Ask unifi
  3. Forum komuniti unifi dalam talian di sini namun pelanggan perlu log masuk terlebih dahulu.
  4. Emel TM di [email protected]
  5. Kunjungi Facebook atau Twitter TM

Sekiranya pelanggan ingin berkomunikasi secara lisan dengan pegawai khidmat pelanggan, anda boleh mendail 100. Ia akan beroperasi pada setiap hari untuk semua perkhidmatan, kecuali bagi perkhidmatan bantuan direktori yang hanya beroperasi dari hari isnin hingga jumaat sahaja.

Tags: TM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
TM catat keuntungan merosot berturut-turut pada tahun 2018

TM tak berhenti memasang dan baik pulih perkhidmatan di premis sewaktu PKP

15 January 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN